Kepada,
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu,
Barisan exco Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu,
Ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu.
Saudaraku yang budiman,
Saya sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. yang beragama
Islam bagaikan dihina apabila mendengar ucapan
Presiden UMNO Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad yang
disiarkan secara ' live ' oleh RTM diPerhimpunan Agung
UMNO ke-54 pada 11 Mei 2000.
Presiden UMNO antara sedar atau tidak, sekali lagi
telah menghina Nabi Muhammad S.A.W. dengan berbangga
berkata seperti berikut
' Hanya yang diperlukan ialah bersyukur kepada Tuhan.
Nikmat dan rezeki yang kita dapati bukan daripada
orang yang menyampaikannya. Jika tidak orang itu,
orang lain yang akan menyampaikannya. Jadi kita juga
tidak perlu berterima kasih kepada Nabi Muhammad
s.a.w. Jika tidak Nabi Muhammad, orang lain akan
diutuskan untuk menyampaikan agama Islam. Oleh itu
tidak perlulah kita mengagung-agungkan Nabi Muhammad.
Memadailah dengan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa
Ta'ala sahaja '.
Sumber :-
1. Berita Harian 11.Mei 2000 mukasurat 12 ruangan 2.
2. Utusan Malaysia 11. Mei 2000 mukasurat ruangan 2.
Saudaraku yang budiman,
Ucapannya tidak menggambarkan perjuangan UMNO iaitu '
Untuk Agama, Bangsa dan Negara ' dan Dimana saudara
ketika itu. Lapan gagasan yang dilafazkan oleh Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Hishammuddin hanya manis
dibibir mulut sahaja.
Disinilah perlunya suara Pemuda, buktikan 'Suara
Pemuda Adalah Suara Keramat'. Kalaulah perkara ini
Pergerakan Pemuda tidak berani untuk berdepan dan
menasihati Presiden UMNO, jangan mimpilah, untuk
menarik minat golongan muda , intelektual dan ustaz
untuk bersama-sama menyertai UMNO. Untuk itu sedarlah
' Jangan Takut Untuk Menyatakan Kebenaran '.
Saudaraku yang budiman,
Persoalannya Siapakah sebenarnya yang membawa
perpecahan umat Islam Melayu dibumi Malaysia
tercinta?.
Fikir dan renungilah wahai saudaraku yang budiman.
Sekian. Wassalam.
Yang benar
Mohd Ali Jinnah
Bekas ahli UMNO
Kuala Terengganu