Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


'Renungan buat para perwakilan/ahli UMNO'

Berita semalam Dr Mahathir telah memberi amaran kepada para perwakilan UMNO yang sekarang ni berduyun2 turun ka-KL untuk bertemu mereka yang bertanding ($$$). Amaran beliau ia-lah mereka para perwakilan di-larang berjumpa mereka yang akan bertanding dalam perengkat tertinggi UMNO. Mereka juga di-larang menalipon mereka, yang bertanding untuk mengelakan rasuah dalam merebut jawatan dalam UMNO.

Beliau berkata jika ada perwakilan atau ahli yang engkar dengan perintah beliau maka tindakan akan di- ambil oleh jawatankuasa teknikal UMNO kerana beliau mempunyai ramai agen2 beliau di-kalangan UMNO.

Mengapa kah beliau membuat tindakan sedikian?

1. Mengalihkan pandangan raayat kapada mereka yang bertanding dan bukan kepada beliau yang sekarang ni raayat amat benci.

2. Bahawa ada Ahli yang bertanding memberi rasuah bukan beliau ( siap lah siapa yang menjadi mangsa).

3. Konon nya beliau membersihkan ahli2 rasuah dan membersihkan UMNO dan beliau bersih dari rasuah.

4. Menyekat perwakialan dari membuat sebarangan bantahan berkenaan peminpinan-nya ( Kes DSAI.. kenapa beliau tidak ka-mahkamah). Fail2 perwakilan yang telah siap berada di-tangan beliau oleh agen2 beliau.

Fikirlah wakil2 UMNO sekelian bertapa kamu semua berada dalam gengaman beliau dan jika tuan2 tidak membuat sebarang tindakan pada perhimpunan jangan harap raayat memilih kamu di-masa hadapan.

Kita tenguk adakah UMNO masih hidup atau dah lama mati!!!

Wak Jono
(yang dah lama meninggalkan UMNO)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com