Aku nak komen sikit pasal penulisan Tarmizi Md Jam (TMJ) mengenai pemimpin PAS.
Setelah membaca satu komen balas dari MT (Marhain Tuan di FeU), aku rasa kena tambah
lagi komen dlm bab macam ini - kerana "mis-perception leads to deception".
Salah satu sebab umat Islam senang runtuh ialah kerana terlalu buruk sangka -
bukan sahaja terhadap ketua2 mereka, malah terhadap rakan2 mereka sendiri.
Sangkaan ini kadang2 cuba di'bukti'kan dgn gambar2, perilaku, atau susunan ayat2
dlm penulisan, ataupun melalui 'structured N carefully injection of media
coverage'. Dan sprt biasa mereka ini akan membandingkan profile dulu N sekarang,
sebelum N sesudah menjadi YB. Sedikit demi sedikit minyak disembur tapi api tak
akan padam kerana lawan api bukan minyak, tapi air!
Mula2 - takkan YB nak pakai selekeh sahaja - masuk sidang selekeh, keluar sidang
selekeh? Tentu org kata selekeh salah. Tapi bila pakai kot atau samping seragam,
org nak kata 'act' pulak! Sampai bila pun susah kalau nak follow apa yg org lain
kata!
Biar saya bagi pengalaman personal saya bersama TG Hj Hadi di oversea. Dlm rumah
kami, beliau tak ubah macam org kampung. Tapi bila berada di luar beliau macam YB
- padahal beliau belum YB lagi masa tu. Beliau sentiasa membawa satu kitab al
Quran kecik - complete di mana2 (kecuali tandas lah) N tidak jemu membimbing ke
sana kemari. Bila tiba masa nak balik ke Malaysia, kami bawa beliau N rakan2
beliau shopping, tapi beliau N rakan2 beli sedikit saja buah tangan (buah-buahan
sahaja) - seolah2 macam locals sahaja, bukan macam tourist!
Bila beliau memberi ceramah/lecture, beliau dilihat seolah2 membaca kertas atau
skrip, tapi kalau dilihat pada jarak yg dekat - tak ada kertas! Semuanya ada dlm
kepala!
Sekarang tanya diri sendiri - keterampilan (appearance) luar tidak semestinya
menggambarkan realiti sebenar kehidupan (inside reality). Masalah sekarang,
lukiran TMJ seolah2 mengambarkan SEBAHAGIAN BESAR pemimpin PAS sudah sombong N
lupa daratan - tapi saya rasa beliau tidak bermaksud sedemikian. Inilah bahayanya
menulis dlm bab2 macam ni - kita cuba menjadi bomba tapi sebenarnya kita menjadi
faker-bomber! Perhatikan ungkapan2 'banyak' dlm tulisan TMJ.
Ada yg tidak berlagak tapi kelihatan sprt berlagak. Hanya dgn menziarahi mereka
di rumah sahaja baru anda dapat menilai wakil2 rakyat PAS - bukannya diluar rumah
- terutamanya ketika turun/naik kereta sahaja! Kita kena ingat YB2 tersebut
sengaja ingin bergaya ke atau terpaksa bergaya? Kalau tanya aku - aku akan jawab
terpaksa bergaya! Buktinya tengok TG Nik Aziz - di rumah beliau menghidangkan air
utk tetamu, bukannya isteri dia! Tengok lah pakaian dia - kain pelikat saja
menemui tetamu, tak ada keinginan nak capai seluar atau baju kot/selingang
rasmi.... "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya."
Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa berbaik sangka sesama kita, N kritikkan
biarlah kena pada tempat N masanya. Jangan yg sikit disimpulkan banyak N jangan
yg tempias dikatakan bocor. Tidak semua org yg batuk itu sakit N tidak semua org
sakit itu batuk. Ada yg berpura2 batuk..... paham-paham ajelah.
Sekian N Selamat Berjuang!!
Dipetik daripada Web Antu