Assalamualaikum Warahmatullahi Wabakarakatuh / Salam Sejahtera
Waktu sekarang 9.30 pagi Sabtu 24 Jun 2000.
Lebih-kurang 30-40 orang penguatkuasa MPAJ sedang berada di Bukit Tembusu, Kg. Cheras Baru untuk merobohkan rumah-rumah di sana.
Penduduk kampung sedang di dalam proses membuat rayuan mahkamah melalui peguam mereka.
Dengan itu sebarang tindakan meroboh adalah satu tindakan yang tidak berperikemanusian.
Saya menyeru kepada sdra-sdri untuk untuk beramai-ramai turun ke Kg. Cheras Baru dengan serta-merta untuk memberi sokongan kepada peneroka bandar yang sedang ditindas.
Sila beritahu kawan-kawan dan turunlah secepat-mungkin.
Untuk maklumat sila telefon 03-4561634.
Terima kasih.
ISKANDAR ABDUL SAMAD
Setiausaha PAS
Kawasan Ampang Jaya.