Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Babak lakonan apa lagi akan dimainkan?

Macam-macam cerita yang kita dengar beberapa hari ini. Antaranya kes pencolekan Sipadan - yang belum selesai. Dr.Ling meletak jawatan - disuruh bercuti. Ura-ura Daim hendak berundur - masih dinafikan. Hasrat Fadhil Che Wan meletak jawatan sebagai presiden BAM - ditolak. Dan macam-macam lagi...sebagai rakyat biasa, saya merasakan kali ini semua kisah-kisah diatas seperti cerita 'budak gembala kambing dengan serigala'. Tak tau nak percaya atau tidak. Saya anggap semua diatas semua permainan politik. Yang untung ialah orang surat khabar. Media menjadikan bahan berita yang utama. Nampak sangat kredibaliti pihak kerajaan sekarang diragukan. Jika perkara ini berlaku diluar negara, berita2 seperti ini adalah yang benar-benar berlaku. Kalau ada pemimpinnya hendak meletak jawatan, biar bertitisan menangis darah pun orang merayu supaya jangan letak jawatan, mereka tetap dengan keputusan yang mereka buat.

Kita diMalaysia ini tidak. Tapi saya tidak sabar menunggu 2 minggu samada Dr.Ling benar-benar dengan keputusannnya. Jika keputusannya tidak berubah, saya 'salute' beliau kerana mengotakan kata-katanya. Kita tidak kisahlah apa saja sebenarnya berlaku dibelakang tabir.

Kes Sipadan pula, saya tidak taulah apa susahlah sangat hendak di selesaikan masaalah ini. Tapi saya rasa mesti ada sebab yang lain atau 'demand' yang tidak didedahkan pada kita maka ianya masih 'hanging' sampai sekarang. Saya kesian melihat mangsa pencolekan tersebut. Cuba bayangkan kalau darah-daging kita yang dicolek. Kata orang betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hanya yang saya harap, kerajaan Malaysia jangan menjadikan Sabah sebagai alat. Saya hairan kenapa pendatang Filipina ke Sabah mencecah keangka 500,000 orang, belum lagi campur dengan jumlah pendatang Indonesia. Apa pihak immigresen, tentera laut, polis yang semuanya atas bidang kuasa Kerajaan Persekutuan buat diSabah selama ini? Kalau kerajaan Malaysia hendak berunding, jangan diketepikan suara rakyat tempatan Sabah. Sekarang sampai orang luar yang buat 'demand' seperti ini baru kita tercungap-cungap. Mereka sudah ramai berada ditanah Sabah. Tidak keterlaluan saya katakan disini sepertimana yang dibicarakan oleh rakyat tempatan Sabah, dimana saja pelusuk tanah Sabah sudah dipenuhi oleh rakyat mereka dan bila-bila masa sahaja jika terjadi apa-apa, rakyat Sabah akan disembelih dengan mudah. Ini bukan kata-kata menghasut tapi ialah kenyataan. Inilah yang digeruni oleh rakyat Sabah sekarang

...Fikirkanlah.....!!!!!!

Dee


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com