Assalammualikum Warahmatulahiwabarakatuh
Sempena di bulan yang mulia ini iaitu Bulan Rabiul Awal sama sama lah kita perbanyakkan bersalawat ke atas junjungan Nabi Kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W..
Terima Kasih kepada pengunjung- pengunjung dan juga tidak lupa jutaan terima kasih kepada penyumbang -penyumbang artikel yang telah bersama sama mengerakkan laman web kami ini. Tanpa anda semua laman ini mungkin tidak akan berjalan lancar.
Pihak kami berharap agar ramai lagi penyumbang penyumbang rencana bersama sama kami dalam memberi maklumat kepada rakyat Malaysia khususnya .
Kebelakangan ini,laman web ini agak lambat pergerakannya atau tidak berjalan dengan lancar.Bukan mudah hendak menjalankan kerja -kerja up date laman web ini berseorangan tanpa pembantu , kadang kadang terpaksa melupakan makan minum ,kerja serta tidur demi mengerakkan laman web ini.Maafkan saya sekiranya kadang kadang saya mengecewakan anda yang senantiasa dahagakan maklumat terkini.
Sekarang ini pihak kami dalam perancangan untuk mengendalikan laman web ini dengan sepenuhnya.Namun begitu pihak kami berharap agar anda semuar bersabar sekiranya pergerakan laman ini agak lambar dan tidak berjalan lancarseperti yang dihendaki .Ini kerana kami dalam proses penyusunan semula serta pengubahan sesuai semula laman web ini
Insya Allah , saya sebagai webmaster bagi laman ini akan cuba menumpukan penuh perhatian dalam mengendalikan semula laman web ini yang telah pun berwajah baru.
Sekian.Wassalam.
Web Master Detik Daily
paktam75@hotmail.com
(Email Peribadi Web Master)
atau : detikdaily@hotmail.com
Kunjungi Laman kami : DetikDaily [Wajah Baru]