Alhamdulillah, negeri TranungKite lening napok koho molek doh. Ade
jugok lah hok kena ubohnye nge kena bekkinye. Tapi koho koho lah.
Nak gaduh kuanna? Bok kata Mao Tze Tong, "Beribu batu perjalanang tu
mulanya dari langkoh pertama". Dak apalah. Dok soh nok gadoh gadoh.
Sket sket, lama lama jadi bukit.
Hok paling peting leningnye, kita ning sebaga puok hok nok ke islam
(terutama anok TranungKite, usaha kuat siket lah), kita kenalah wi
kesedoran kepada orang ramai. Islam ni agama kesedoran. Bukangnya
agama pok turut. Kalu sereme doh sedor, kenapa jadi gining, nappe
kena ginning, lepah tuh, insyaAllah, sereme perancangang nge
pembangunang ke aroh islam dapat dijalankan nge licing.
Dalam dunia hok orang kata tak dok doh sempadan. Negeri nge negeri
macam tak dok pemisoh. Kesedoran memang penting sangat.
Kalu kita umpamanya (nok cakap pasal budok budok siket ni), dok pakse
anok kita pakai tudung tapi kita dok kabbo wak pe kena pakai, apa
hukumnya pakai, bila depang kita dia pakai lah. Lepas tuh bila jauh
siket nge kita, bile duk belajor di ibukota nuh, jadi senang terikut
rikutlah denge pengaroh hok dok molek sebab kesedoran rendoh.
Jadi teruk lagi lah, bila doh lah kesedorang rendah, cappur pulok nge
keimanang rendoh. Hooo lah. Bukang setakat tudung je dak mboh pakai,
sereme benda pun jadi dak mboh pakai. Wasse rimah lah. Itulah.
Inilah. Hoh.
Kalu zamang dulu dulu, buleh jugoklah kita pesang kata dok soh lah
duk kawang nge budak tu budok ni hok perangai dok molek siket. Tapi
lening, walaupung bulehlah lagi nok pesang gitu, tapi dok cukup.
Kita kena timbulkan kesedoran. Pesang saje dok cukup kalu anok anok
kita tuh dok sedor. Kita kena pesang supaya dia jadi sedor.
Banyok caralah. Sining GG (Guanne Gammok) dak mboh lah nok setuh
secara khusus cara nok wak supaya anok anok muda sedor. Sebab cara,
berubah ubah ikut keadaang. Kena tengok keadaang budok budok lah.
Tengok cara dia tu pikir ghanne. Dalam bab ni, orang tua, sepatutnya
kena paham sikap, perangai denge psikologi anok anok tu. Lepah tuh,
cubalah reka cara nok wi mereka tu sedor, sambil sambil berdoa lah
kita mintok DIA buke hati anok anok kita tu.
Berbalik pada negeri TranungKite, GG nampok keikhlasang pimpinan PAS
nok molekkan negeri kita baik dalam bab sosial maupung ekonomi.
InsyaAllah, berkat usaha sungguh pemimpin PAS nge rakyat jelata
serema, negeri TranungKite lepah ni jadi koho molek, koho maju dan
koho ramai hok sedor kebagusan Islam.
GG nok cakkap pasal system pemerintohan siket ni. Sistem yang
diamalkan banyok menyumbang ke arah kebagusan negara. Tapi GG nok
berpesang siketlah. Bagus manapung sistem, akan timbul jugok
kelemahang. Kelemahang sistem selalunya timbul sebab orang hok
berkerja di bowoh sistem tuhlah hok lemoh dan hok dok bagusnya.
Bila pengamal sistem tuh lemoh, maka jadilah perkara hok kita sereme
dok ingin seperti korupsi, pemilihan ketua dok ikut persetujuan
ramai, pemimpin keras kepala, pemimpin hok dok paham pasal ekonomi,
dok paham pasal agama, hok dok peka pada perbezaan social hok wujud
dalam negara dan pemimpin hok pilih kasih bile nok melaksanakan
hukuman. Serema ni banyok doh berlaku dekat negara islam lain hok
nok jalankan islam seperti di Iran, Pakistan dan lain lain lagi.
Kelemahan hok timbul dari sistem islam di negara negara tuh, dok soh
lah kita jadikan sebagai alasan untuk kita dak mboh jalankan di
negara kita. Sebab kelemahan tuh datang dari kelemahan pendukung
sistem tuh. Bukan kelemahan sistem. Apa hok perlu kita ambik
iktibar ialah kita kaji kelemahan tuh, kita tengok mana puncanya dan
kita bekki supaya dok lah benda serupa tuh jadi ke kita. InsyaAllah.
Sebab tulah, di samping sistem, orang hok bekerja di bowoh sistem tuh
kenalah jugok bagus. Baguh hok GG maksudkan nih ialah berkebolehan
di samping alim dan takut denge seksaan Tuhan. Islam, alim dan takwa
ni, merupakan syarat asas. Lepah tuh barulah kita kena timbang pada
kebolehan memerintoh pulok. Kebolehan nok bangungkan ekonomi,
bangungkan kemajuan social dan macam macam lagi. Hooo.
Kita orang islam ni, banyok do'oh rahmat hok DIA wi kite. Saloh
satunya sistem islam. Asas sistem islam tuh cukup lengkap doh (dari
segi asasnya). Kalu bangsa lain gok, mereka kena reka sistem dari
mula mula lagi - from scratch orang putih kata. Hooo.
Tengok Amerika sudohlah, beratuh ratuh tahung nok buleh ke sistem
demokrasi jadi macam hok mereka duk amal lening. Tu pun masih ada
flaw (kelemohan). Dulu, lepah dekat nge 200 tahung merdeka pung
mereka masih jugok duk discriminate Afro American(layang pok pok
itang secara dok adil).
(GG buleh jugoklah cakap orang putih siket siket sebab dulu masa
kecik kecik, ngaji dekat Sek. Men. Sultan Omar). Takdoklah pandai
sangat, tapi reti jugoklah.
Balik pada tadi. Kita ni asas tu ada doh. Hok asas tuh, kita
jangang lah nok ubah. Hok kita patut ubohnya nge tokok tambohnya
ialah dalam hal hok Quran dan Hadis dok secara jelas menerangkan.
Tapi tokok tamboh tuh mestilah dok lari dari landasan islam -
maksudnya dokleh lah bercanggah nge hukum hukum asas tadi.
Disebabkan pendukung sistem tuh penting (GG ada sentuh tadi,
kelemahan sistem selalunya datang dari kerja tangan pendukungnya),
leningnya apa hok perlu kita kena usaha ialah untuk nok lahirkan
pendukung hok berpengetahuan dalam agama dan bertakwa dan jugok hok
buleh mengendalikan masaloh semasa termasuklah ekonomi dan sosial.
Sereme ni patut dipikirkan dan direncanakan oleh kerjaan PAS mulai
dari sekarang. Dok perlulah secara terperinci lagi. Cukuplah
setakat ning kalu PAS ada menggariskan tiang tiang asas sistem
pendidikan ke arah melahirkan pendukung pendukung bertakwa,
perpengetahuan dan serba buleh. Paling kurang kenalah bersiap sedia
siket siket. Manalah tau, tahun 2003 nih PAS nge BA buleh memerintoh
doh. InsyaAllah.
Satu lagi GG nok pesan, pemimpin PAS tuh perlulah terbuka. Doksohlah
duk nok melenting sokmo macam pemimpin UMNO buat bila kena tegor
siket dan bila kena kritik siket. Ingatlah firman Allah yang
berbunyi:
Maka dengan rahmat Allah, menjadi lembutlah hati engkau (wahai
Muhammad) terhadap mereka. Kalau sekiranya engkau berbudi jahat,
berhati kasar, nescaya bercerai berailah meraka menjauhi engkau ....
(3:159).
Guanne Gammok
Kg. Sungai Buaya,
Dungun Trg.