Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


'Junior Hacker' mengikut Pemerhati setia Web pro-Reformasi

Assalamualaikum Webmaster pro-Reformasi...

Alhamdulillah website lain tidak terjejas dan di hack oleh 'Junior Hacker'...Sungguhpun demikian para webmaster haruslah sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan yang akan berlaku seperti mana Website Mahazalimtwo.

Cuma (dlm masa yang terbatas untuk mengemukakan sedikit analisa)para pemerhati dan pengunjung webasite pro-Reformasi berharap saudara webmaster berhati-hati terhadap kehadiran 'Webmaster Mahazalim Asal' seperti yang telah kita maklum diberi mandat dan kepercayaan untuk mengendali Website Mahazalimtwo.

Sekiranya dilakukan sedikit analisa, kita akan dapat menyedari bahawa setelah kehadirannya telah banyak menimbulkan kesangsian dan curiga terhadap identiti tersebut samada benar atau sahih sebagai Mahazalim asal.

Kita lihat, setelah kehadirannya maka timbullah isu 'Bertafakkur' kununnya tidak sehaluan dengan 2 orang kepimpinan tertinggi KeADILan. Justeru dengan serangan yang tidak munasabah terhadap Parti KeADILan yang mengalami sedikit masalah dalaman dengan menghebahkan permasalahan tersebut melalui ruang siber yang jelas telah mengakibatkan Website pro-Reformasi yang terlibat dicurigai perjuangannya. Ini jelas sekiranya kita faham matlamat perjuangan sebenarnya.

Adakah perjuangan Webmaster itu dengan berkonflik dengan parti-parti yang berjuang untuk keadilan dan kebenaran ATAU mengutamakan sebaran dan maklumat sebenar kepada rakyat yang tebanyak???

Dan isu ini dicipta disaat parti tersebut dalam persiapan menentang BN di Teluk Kemang!!

Bukankah ini Pembelotan terhadap perjuangan?? Oleh itu berwaspadalah untuk mengadakan konpromi dengan Webmaster 'Mahazali Asal' ini.

Penialaian dan persoalan lain, bagaimanakah kejadian ini berlaku setelah senario tersebut kita dapat lihat dan saksikan.

Dan bagaimana 'hackers' boleh memecah masuk 'Password' pelanggan Server Tapak Wesite seperti 'TRIPOD.COM' yang dikendalikan di luar yang sudah pasti mempunyai sistem 'security' yang canggih?? Di tambah pula Mahazalimtwo telah menggunakan TIGA laluan untuk ke websitenya, bagaimana boleh berlaku sekiranya tidak melalui 'pemilik website itu sendiri' ?

Sekiranya 'hacking' boleh berlaku ke atas Mahazalimtwo bagaimana tidak kepada Pemantau dan lain-lain website pro-reformasi yang menggunakan Tapak yang sama?

Kita tidak mahu menuduh, tetapi meminta agar webmaster pro-Reformasi sentiasa peka dan prihatin kepada kemungkinan-kemungkinan di'hack' juga websitenya.

Langkah-langkah keselamatan perlu diambil segera, antaranya menukarkan segala 'password' laluan ke websitenya dan elakkan dari 'perjumpaan dan pertemuan' secara fizikal terhadap pemilik-pemilik website proreformasi yang lain sekalipun mereka mendakwa pro-reformasi seperti halnya berlaku dalam pertemuan untuk melancarkan 'dekelarasi website pro=reformasi' yang kontra terhadap kepimpinan Parti KeADILan dan kempen 'Bertafakkur'yang tidak memberi sebarang faedah kepada rakyat dan pejuang yang lebih ramai jumlahnya daripada jumlah bilangan webmaster pro-reformasi.

Seperti yang saya tekankan...bahawa Perjuangan Kita Adalah Untuk Agama, Bangsa dan Negara.Pada Agama bermaksud mendaulahkan Islam bersama kebenarannya,pada rakyat bermaksud menyampaikan risalah dan maklumat kebenaran kepada Rakyat yang selama ini tertipu dengan dakyah BN dan kuncu-kuncunya dan memastikan rakyat terbela dan terjamin keadilan ke atas mereka, pada Negara bermaksud membebaskan Negara yang tercinta dari kezaliman dan penyelewengan pemerintah.

Oleh itu, bermula dari sini saya ingin menyeru webmaster pro-reformasi me'link-off' kan website mereka kepada website Mahazalimtwo buat sementara waktu dan tidak perlu turut bersubahat memaparkan IMAGE LUCAH itu kepada pengunjung.

INGAT! Bahawa pengunjung website anda adalah internasional!!

Dan saya menyeru juga para 'informer', 'wartawan sukarela' dan petugas-petugas serta pencari maklumat dan berita kebenaran supaya tidak lagi menghantar artikel atau maklumat kepada Mahazalimtwo buat sementara. Masih banyak website pro-reformasi lain yang setakat ini masih beroperasi untuk memaparkan segala maklumat yang dihantar.

Akhir kata, Salam Perjuangan....Teruskan Khidamat Anda Berdasarkan Prinsip Keadilan dan Kebenaran dan Bantu membantulah di dalam usaha menghancurkan BN dan Sekutu-sekutunya.

Wassalam.
Izzrail A


Komen Tok Ayah : Ada beberapa perkara yang agak pelik iaitu :-

1. Semua laluan kepada Mazalimtwo (laman reformasi) di'Hack'. Ini bermakna Junior Hackers ini telah berjaya menembusi Laman ini (3 saluran) serentak. 2 daripada Server Tapak Tripod dan satu TSX. dan ada satu lagi yang saya sendiri lihat ia tak beroperasi... hanya tulisan Laman reformasi sahaja iaitu http://mahazalimh.tripod.com/ (saluran ke-4).
Jika benar 3 saluran ditembusi adalah satu yang diluar dugaan sebagai webmaster. Tapi mungkin juga Mahazalitwo menggunakan password yang sama. Jika ini benar agak malang cara mahazalimtwo ini.

2. Semua kandungan bahan dalam ketiga-tiga Laman yang di"hack" tidak terjejas. Anda boleh mengikutinya dengan menaip URLnya pasti.... akan terhasil. Misalnya arkid, dll.

3. Laman lama Mahazlim.... iaitu http://mahazalim.tripod.com tidak di'hack'.

Walahualam


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com