Assalamualaikum
Semalam saya melayari Laman Reformasi yang baru di http://mahazalimtwo.tripod.com/. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana masih memberikan ruang kepada pengendali laman berkenaan meneruskan perjuangan biarpun tersungkur beberapa hali lalu.
Saya juga meneliti mesej dari Tripod yang dihantar ke alamat mahazalimtwo@yahoo.com berkenaan akaunnya di alamat http://mahazalimtwo.tripod.com/ telah ditamatkan kerana menyiarkan bahan lucah yang jelas melanggar polisi Tripod.
Bagaimanapun saya amat musykil dengan kebenaran mesej dari Tripod berkenaan. Sebelum itu saya mohon maaf kiranya kenyataan ini akan menyinggung mana-mana pihak terutama sekiranya analisis saya ini tidak tepat.
Sebenarnya saya dan beberapa rakan lain telah mengawasi laman reformasi dan sekutunya dalam gerakan tafakkur dahulu dan mengumpul email akaun yang didaftarkan di atas setiap laman yang berkaitan.
Dalam hal ini kami dapati email mahazalimtwo@yahoo.com didaftarkan atas akaun mahazalimx, manakala exmahazalim@yahoo.com tiada dalam senarai akaun di Tripod. Bagaimanapun ini bukanlah isu, kerana webmaster seringkali mempunyai banyak email akaun dan akaun yang lain di Tripod sebagai laman arkib dan sebagainya.
Apa yang saya musykilkan ialah mesej dari tripod kepada mahazalimtwo@yahoo.com yang menyatakan akaun beliau telah ditamatkan selepas serangan Junior Hacker yg meletakkan gambar lucah di http://mahazalimtwo.tripod.com/. Sekiranya mesej berkenaan benar, sudahpasti akaunnya di mahazalimx yang didaftarkan atas email mahazalimtwo@yahoo.com yang ditamatkan, bukannya akaun di http://mahazalimtwo.tripod.com/
Satu lagi kemusykilan ialah, email beliau di mahazalimtwo@yahoo.com masih lagi tidak bertukar selepas serangan berkenaan,(kalau bertukar, beliau tidak akan menerima email dari tripod ke email tersebut) menunjukkan yang beliau masih lagi mempunyai aksess ke laman beliau semasa serangan berkenaan.
Saya tidak fikir Junior Hacker seorang yang bodoh untuk membiarkan email webmaster asal tidak ditukar selepas 'bersusah payah' memecah masuk ke akaun tersebut.(sekiranya beliau seorang hacker, bukannya musuh dalam selimut)
Adalah sukar untuk menentukan kebenaran dan keaslian webmaster mahazalim ketika ini dan yang sebelum kempen tafakkur. Juga webmaster lain yang terlibat dalam kempen tafakkur tersebut.
Saya ingin tinggalkan isu ini untuk difikirkan oleh reformis, webmaster dan penganalisis IT lainnya yang mempunyai pengalaman berurusan dengan Tripod. Apa yang penting ialah kita hendaklah selalu peka terhadap setiap perubahan, kesahihan maklumat dan arah tuju perjuangan. Jangan sesekali kita menerima bulat-bulat dari sesiapa pun tanpa menganalisisnya, kerana dalam perjuangan yang panjang begini, ugutan, tekanan, tawaran material dan sebagainya boleh merubah pendirian orang yang kita anggap sahabat dulunya.
Sematlah semangat Jebat, pemimpin adil kita junjung pemimpin zalim kita singkir!!!. Tinggalkan mereka yang 'rebah'. Mana yang masih bertahan teruskan mara.. jangan sesekali undur! Bangunkan lagi laman-laman baru!!
Sekali lagi saya ingin memohon maaf kiranya kenyataan saya menyinggung pihak-pihak yang disebutkan tadi. Kenyataan saya ini adalah tanpa prejudis dan berniat untuk mencari kepastian bukannya memecahbelahkan gerakan reformasi.
Kebenaran pasti akan muncul jua.
XenophoriA (XenoCrack)