Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Maklumat buku Novel Isabella

Salam sejatera saudara,

Novel ini saya beli pada tahun 1991 di sebuah bazar buku di Taiping, Perak (berhampiran Supermarket Fajar).

Memandangkan kini saya menetap di KL, Beberapa minggu kebelakangan ini saya ada cuba selidik di beberapa buah kedai buku/ toko-toko buku sekitar Kuala Lumpur, malangnya jawapan yang diberi oleh pemilik kedai adalah "tidak tahu" atau "tidak pasti" wujudnya buku ini.

Mungkin ianya agak lama dan sudah tidak diterbitkan lagi atau mungkin juga telah 'dharamkan' oleh pihak-pihak tertentu akibat isu-isu yang mungkin sensitif yang dibawa oleh buku ini?.....

Sekiranya saudara tinggal di sekitar Selangor elok kiranya saudara mula mencarinya dahulu dengan penerbit novel ini seperti yang di cetak pada halaman buku ini:

Tajuk Buku: Isabella
Pengarang: Maulana Mohammad Saeed
Terjemahan: Abdullah Husain

Penerbit:
Marwalis Publisher & Distributors Sdn. Bhd,
Tingkat 2, Fasa 3, Kompleks PKNS,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
( Tiada no. telefon dicetak di novel ini)

Untuk pengetahuan saudara, saya masih lagi menyimpan senaskah Novel Isabella ini bersama saya.

Salam Perkenalan,
Arialun


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com