Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Wajah-wajah UMNO

Seminggu dua ini UMNO telah memperlihatkan wajahnya yang sebenar. Dari kenyataan Dr Mahathir bahawa Perdana Menteri tidak semestinya dari kalangan bangsa Melayu memperjelaskan kepada kita LAUNGAN KOSONG UMNO yang kununnya mempertahankan Kedaulatan Melayu. Berbeza dengan kata-kata Tok Guru Nik Aziz bahawa BUKAN MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM diterima sebagai Perdana Menteri jelas memperlihatkan PAS memperjuangkan ISLAM. Kesimpulannya UMNO mempergunakan nama MELAYU untuk meraih simpati rakyat. HARAMkan perkataan MELAYU dari UMNO.

Kemudian Muncul pula isu JAIS vs AZLINA ABBAS. Maka orang No.2 Negara dan UMNO dengan lantang mengkritik tindakan JAIS membanteras kemungkaran kepada ALLAH. Maka UMNO yang DOLLAH kata lebih ISLAM dari PAS telah memusuhi dan menyerang pihak yang mempertahankan hukum ALLAH. Malah lidah-lidah syaitan yang mendokong UMNO setiap hari menyiarkan pendapat rakyat yang mengkritik tindakan JAIS yang hairannya tidak pula disiarkan pendapat yang menyokong JAIS. Maka sesiapa yang beragama ISLAM dan telah mengundi Dacing adalah bersubahat dan mempunyai saham yang sama dengan Bedollah. UMNO telah memperalatkan ISLAM untuk menghancurkan ISLAM. Kalau anda masih mempunyai sedikit IMAN, keluarlah UMNO setidak-tidaknya bencilah kepada UMNO.

Lepas tu Lidah Syaitan No. 1, Utusan Meloya memainkan pulak ISU Royalti Minyak kepada kerajaan Terengganu. Maka orang No. 1 Negara dan UMNO, Mahathir mengatakan Kerajaan akan mengkaji pemberian Royalti kepada Terengganu. Secara jelasnya dia kata Terengganu tidak berhak mendapat royalti Minyak. Maka topeng UMNO yang kononnya TRADISI MEMBELA RAKYAT bertukarmenjadi TRADISI MEMBELA PARTI. Apabila UMNO karam di Terengganu maka Royalti pun karam sama. Selama ini ROYALTI diberi kepada TERENGGANU bukan untuk rakyat sebab itu rakyat Terengganu MISKIN walaupun negeri KAYA. Royalti diberi untuk menyelamatkan UMNO dan kroni. Lagi sekali hak rakyat jadi hak mak bapak dia. Maka jika UMNO mengisytiharkan secara rasmi Terengganu tidak berhak dapat royalti, AKU pun akan isytihar PENDAPATAN aku tidak akan kusalurkan lagi kepada LHDN. Setakat ini aku tidak merasakan hasil cukai pendapatan yang aku beri pada kerajaan. Yang aku lihat Mahathir Beli Jet dan Tinggal diMahligai. Aku dan Rakyat lain, nak beli rumah kos rendah pun seksa.

Lagi, muncul pulak kisah Samseng sekolah. Boleh dikatakan hari-hari berlaku. Tak bakar sekolah tikam orang. Kemudian Mahathir kata salah guru-guru sebab menetang kerajaan. Aku nak bagitahu kat Mahathir, bebudak sekolah tu bukan tiru perangai guru tetapi perangai UMNO. Tengok sajalah dalam mesyuarat agong UMNO. Kalau tak mencarut baling kerusi, pecah pintu. Tambahan pulak murid-murid tu mempelajari dari pengalaman. Mereka tiru Bapak Anjing RAHIM Nor. Mereka kata Kalau ketua Polis Negara boleh belasah orang sampai hampir mati lepas tu bebas mereka pun boleh buat. RAHIM NOR tu fasih undang-undang tapi tak hormati undang-undang, maka bebudak sekolah yang baru nak kenal undang-undang lagilah. Perdana Menteri pun mempertahankan orang RASUAH. Bebudak sekolah kata kalau polis nak tangkap, tangkaplah dulu Perdana Menteri. Tangkaplah dulu Rahim Nor.

Mahathir, dalam perhimpunan agung UMNO yang lepas, menyalak-nyalak slogan anti Rasuah. Maka baru-baru ini di Mahkamah Tinggi, Bekas Ketua Pengarah BPR memberi keterangan bahawa Mahathir menghalang BPR dari menyiasat pegawai kerajaan yang RASUAH. Tiadalah sepatah perkataan baik dari Mahathir atau Bedollah sebagai Menteri dalam Negeri menafikan perkara tersebut sehinggalah kini. Lihatlah wajah UMNO yang sebenarnya walaupun cuba disorok namun ibarat kata pepatah Bangkai Gajah walau ditutup baunya akan keluar juga. Kesimpulannya UMNO hanyalah sebuah Parti Munafik .Maka Bolehlah digantikan Perkataan Melayu dengan Munafik, United Munafik Nations Organisation. SELAMAT TINGGAL UMNO. Dan terjunlah Ahli UMNO dengan labu-labunya.

Jebat2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com