Seperti yang diketahui umum bahawa beberapa petisyen
telah dibuat terhadap keputusan pilihanraya yang ke 10
lalu. Saya ingin menarik perhatian pembaca tentang
senario di Jeli. Empat petisyen telah dibuat,
berkaitan dengan Parlimen Jeli dan DUN-DUN di
bawahnya. Masing-masing adalah
(i) DUN Kemahang
(ii) DUN Air Lanas
(iii) DUN Pergau
(iv) Parlimen Jeli
Bagi ketiga-tiga DUN, keputusan mahkamah telah memihak
kepada PAS, dengan pihak BN(UMNO) menanggung kos
mahkamah. Untuk pengetahuan semua pada hari-hari
perbicaraan untuk masing-masing DUN, tidak ada seorang
pun orang UMNO yang hadir unduk 'proceeding' mahkamah.
Hatta pempetisyen sendiri (yang terdiri dari orang
kampung yang ahli UMNO) pun tidak juga hadir. Hakim
sendiri telah buat remark "ini bukan kehendak
pempetisyen tetapi kemahuan orang yang kalah".
Orang-orang Umno Jeli dengan tenang mengatakan "kami
tok seh DUN, kami nak Parlimen Jeli". Kita tidak tahu
apa helah UMNO ,dan mahkamah, yang memihak kepada PAS
dalam banyak kes-kes petisyen. Tetapi adalah
dijangkakan dalam petisyen terhadap keputusan
pilihanraya di Parlimen Jeli ini suatu kejutan yang
bukan lagi kejutan akan berlaku. Kes yang akan
didengar di mahkamah Kota Bharu pada
Hari: Ahad
Tarikh: 25 JUN 2000
Tempat: Mahkamah Kota Bharu
seolah-olah telah diketahui keputusannya. Ini adalah
kerana pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan Polis di
Jeli tanpa segan silu bercakap yang pilihanraya kecil
akan diadakan di Jeli tidak lama lagi. Bagi rakyat PAS
Jeli , mereka lebih rela diadakan pilihanraya kecil
daripada kemenangan dihadiahkan secara tidak gentleman
kepada Dato Mustapha Muhamad, seperti kes di Bukit
Bintang dahulu di mana kemenangan diberi kepada
'doktor ayam'.
Bagi orang UMNO pula ada yang berbelah bagi dan
berbagai pendapat dibincangkan sekitar Jeli.
(i) inilah peluang untuk mendapat habuan dari Dato
dan UMNO yang memang banyak duit yang entah dari
mana sumbernya
(ii) lebih baik tunggu 2004 dan bertanding secara
anak jantan. Kalau dah kalah terimalah kekalahan
dengan berlapang dada. Ini adat berpolitik.
(iii) sekali ini untuk mempastikan peristiwa Nov 99
tidak berlaku lagi, yang mana duit yang sepatutnya
dibahagi-bahagikan tidak sampai kepada ahli UMNO dan
orang kampung. Masing-masing ingin melepaskan geram
terhadap bapak-bapak UMNO yang berkereta baru dan
seperti OKB lagaknya, selepas pilihanraya yang lalu.
Mana tidaknya masing-masing telah melenyapkan duit
Dato ke poket sendiri
(iv) bagi rakyat marhain yang lainnya yang memang
hobinya berbincang politik, sedang membuat ramalan
tentang keputusan mahkamah dan tunggu dan lihat.
Rakyat Jeli yang menjadi terkenal kerana menolak wang
ringgit dan pembangunan, sekali lagi akan diuji kalau
mahkamah memihak kepada BN (nampak logik juga kan
sebab satu sahaja dari berbelas petisyen yang memihak
kepada BN).
Sama-samalah kita nanti perbicaraan pada hari Ahad 25
JUN 2000 dan tunggu dan lihat apa keputusannya.
Seperti selalu yang dikatakan oleh presiden PAS, "kita
akur akan perintah mahkamah", maka bersiap siagalah
semua aktivis PAS untuk ke medan untuk kesekian
kalinya. ALLAHUAKBAR!
LAWAN TETAP LAWAN
pemilujeli