Sudah sampai masanya masyarakat Malaysia mengetahui siapakah di sebalik pelbagai kekocohan yang ditimbulkan di dalam Parti Keadilan Nasional, mogok webmasters dan tulisan tulisan kritikal terhadap kepimpinan BA terutama PAS, keADIlan dan DAP yang juga cuba memperlaga-lagakan pelbagai golongan dalam gerakan reformasi. Mungkin ramai yang menjangka ini kerja BN atau SB – Benarkah? Yang jelas kekecohan ini timbul dari kumpulan yang mempunyai maklumat dalaman dan yang tidur sebantal dengan kita.
Siapakah Fathi Aris yang super kritikal itu? - JIM. Siapakah yang mendalangi laman-laman web yang mogok itu? - JIM. Siapakah yang mahu Dr Chandra & Anuar Tahir letak jawatan? - JIM. Angkara mulut siapakah yang menyebabkan Niel Onn meletak jawatan? - JIM. Siapakah yang beriya-iya mahukan jawatan ketua bahagian dan lain lain jawatan tinggi parti? - JIM. Siapakah yang marahkan PAS dan bersekongkol bersama Wan Indera & Hj. BAM tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi dalam pilihan raya lalu? - JIM. Siapakah yang sampai pergi ke mahkamah, & ke penjara untuk melobi Anwar supaya dipilih jadi calon pilihanraya? – JIM. Siapakah yang gilakan sangat nak jadi calon YB sehingga sanggup memfitnahkan calon yang terpilih & memboikot jentera pilihanraya? - JIM. Siapakah yang sentiasa menyenyel di rumah Kak Wan unuk mendapat kedudukan dalam parti & menjadi power broker? - JIM. Siapakah yang inginkan jawatan dan cemburukan kebolehan Ezam? - JIM. Siapakah yang banyak menimbulkan masaalah kepada keADILan negeri Selangor? - JIM. Siapakah yang membela beberapa individu yang mengkhianati parti dalam pilihan raya lalu dan juga tindakan bodoh webmasters yang mogok itu? - JIM. Siapakah yang melaga-lagakan Marina, beberapa tokoh S46 & bekas UMNO dengan tokoh-tokoh ABIM dalam keADILan serta memburuk-burukkan mereka? - JIM. Siapakah yang beriya-iya mahukan PRM bergabung dengan keADILan serta memburuk-buruk mereka yang berpandangan berbeza? - JIM. ………. dan senarai ini bisa sampai infiniti.
Kerenah jaringan JIM di dalam keADILan telah menimbulkan pelbagai pengalaman pahit dan terlalu banyak membuang masa & sumber parti termasuk disaat-saat kritikal pilihanraya. They certainly have done a lot of favor to BN. Jaringan ini memperkudakan apa sahaja, termasuk sistem, jawatan, kelemahan dan kejujuran manusia untuk mencapai matlamat mereka tanpa memperdulikan kepentingan perjuangan dan parti. Antara tektik utama mereka ialah ‘depan cakap lain, belakang bikin lain’, fitnah, tipu, lobby, memburukkan individu/organisasi yang dianggap pencabar, memperbesar-besarkan kualiti/jasa ahli mereka dan menggunakan siapa sahaja yang dapat membantu (biasanya tanpa disedari) untuk tempoh tertentu. Kegiatan kumpulan ini telah banyak menimbulkan kesusahan, keresahan dan kekecewaan kepada pimpinan parti dan ahli-ahli yang aktif.
Keghairahan ahli-ahli JIM untuk menguasai sesebuah organisasi bukanlah perkara baru. Banyak organisasi Islam termasuk PAS telah mengalami pengalaman pahit ini. Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri juga banyak pengalaman tentang masaalah ini. Apa mungkin beliau tidak tahu ialah these people have not change and there are still stink!. Ramai dari pimpinan parti peringkat pusat juga tahu dan mempunyai pengalaman tentang kerja kerja kotor tokoh-tokoh yang berasal dari JIM, di dalam dan di luar keADILan, untuk menguasai sesebuah organisasi. Sudah sampai masanya mereka mendedahkan perkara ini dan berbincang secara terbuka dengan lain-lain pimpinan parti mengenainya. Covering up misdeeds of another so called muslims or Islamic organisation will not help the party.
Pemimpin dan ahli-ahli parti yang belum sedar mengenai perkara ini hendaklah berhati-hati ini supaya tidak terpedaya dengan tektik kotor kumpulan ini. Segeralah mendapatkan pandangan dan nasihat dari pimpinan PAS, ABIM dan lain lain organisasi yang berpengalaman mengenai hal ini. Jangan tertipu dengan dakyah memburukkan individu atau organisasi tertentu dan politik pecah belah yang dimainkan oleh kumpulan ini kerana esok atau lusa, selepas anda tidak diperlukan atau menjadi halangan kepada rancangan mereka, maka anda pulalah individu/organisasi buruk itu.
These people need to change or leave the party. Gerakan reformasi tidak memerlukan golongan ‘elitis’, kurang adab, dan mempunyai ego yang lebeh besar dari akal ini. If they are so good they should form their own party where all their people can become leaders/calon YB as they always wish to be and pursue their own way of doing things.
KeADILan adalah sebuah parti yang terbuka and it should remain that way. Bagaimana pun kita perlu sama sama mencegah mana-mana kumpulan dari membentuk jaringan untuk cuba mendapat dan mengukuhkan kedudukan dalam kepimpinan parti dengan cara keji dan memaksakan matlamat organisasi dan sistem operasi mereka ke dalam parti ini. JIM mesti dicegah dari terus menjadi parasit yang merosakkan parti dari dalam.
Kumpulan Quran-Hadis atau IRC atau Jemaah Islah Malaysia (JIM) mempunyai sejarah hitam dan pengkhianatan yang panjang. It is time to analyse this dark history under lime light! Kerja membaling najis sembunyi tangan mereka perlu di dedahkan. Pendedahan perlu dibuat kerana parasit-parasit adalah dari jenis munafik hati hitam yang tidak faham erti ukhuwah, muwafakat dan nasihat.
Selamatkan keADILan dan gerakan reformasi - kenali JIM di sekeling anda!
Afa
Komen Tok Ayah : Harap ada respon daripada artikal ini untuk mencari kebenaran.