Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Respon - JIM : DI MANA KESETIAN MEREKA !

Tulisan Afa berkenaan JIM yang dituduh merosakkan Reformasi nampak meyakinkan jika dibaca buat kali pertama.

Tetapi setelah dikaji dengan teliti ianya hanyalah tidak lebih dari satu luahan berbentuk emosional. Tidak ada bukti-bukti kukuh yang menyokong tuduhan-tuduhan yang dibuat.

Walau bagaimanapun tidak mungkin dahan bergoyoang jika angin tidak bertiup !

Sebenarnya banyak andaian-andaian yang telah dibuat apabila JIM membuat keputusan untuk melompat menyertai "the 'Reformasi' bandwagon".

Kita tentu masih ingat kepada satu kenyataan dari Presiden JIM yang disebarkan kepada seluruh negara yang menghentam Dr. Mahathir dan Kerajaan Barisan Nasional. Malah kenyataan itu lebih agresif dari yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin parti pembangkang.

Akibat dari kenyataan tersebut Presiden JIM telah ditahan di bawah ISA untuk beberapa ketika.Ada yang mengatakan Presiden JIM sengaja melakukan tindakan tersebut agar beliau ditangkap oleh kerajaan.

Kenapa begitu ? Ada yang berpendapat mungkin untuk meyakinkan rakyat bahawa JIM adalah ikhlas bersama dengan gerakan Reformasi. Menurut mereka Presiden JIM ketika itu sedang melakonkan satu sandiwara.

Tetapi itu hanya adalah satu teori !

Walau bagaimanapun apa yang nyata adalah bagi ahli-ahli JIM yang menyertai parti-parti BA selepas ledakan Reformasi, kesetian mereka nampaknya masih pada JIM dan bukannya kepada parti-parti tersebut.

Tetapi ada teori bagaimana terdapat ramai ahli-ahli JIM yang masih berada di dalam UMNO ketika pilihanraya umum 1999 sering bertemu dengan ahli-ahli JIM yang berada dalam PAS atau KeADILan. Dengan itu kemungkinan besar maklumat-maklumat penting tentang gerakerja pilihanraya parti-parti BA telah jatuh ke tangan UMNO !

Mungkin tidak ada maklumat BA yang jatuh kepada UMNO melalui saluran ini. Namun begitu apakah yang dibincangkan di antara JIM-UMNO dan JIM-BA itu ?

Ada yang berkata bahawa JIM tidak akan rugi selepas pilihanraya umum 1999. Kalau BA menang maka JIM-BA ada di dalam kerajaan. Dan kalau BN menang maka JIM-UMNO ada dalam kerajaan. Apapun yang terjadi pengaruh JIM dan kepetingan perniagaan mereka tidak akan terjejas.

Terpulanglah kepada kita untuk membuat satu rumusan yang cukup waras !

Fateh Tahrim
Ex-IRC Sheffield


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com