Beberapa perkara yang ingin saya kongsi bersama :
1. Setiap manusia PASTI dipertanggungjawabkan di akhirat kelak di atas kata-kata dan
tindakannya, oleh itu berhati-hatilah.
2. Setiap maklumat yang diterima perlulah ditentukan kesahihannya (walaupun
bersumber daripada mahkamah, pemimpin apatah lagi daripada penulis-penulis yang
tidak kita kenali, termasuklah saya). Oleh itu berhati-hatilah.
Daripada beratus-ratus patah perkataan yang ditulis oleh Afa, saya hanya boleh
bersetuju dengan saranan 5 perkataan terakhir sahaja, iaitu "Kenali JIM di sekeliling
anda!". Kenalilah JIM (atau lain-lain organisasi) dalam erti kata yang sebenarnya, tanpa
prejudis, tanpa syak wasangka dan dengan niat mencari keredhaan Allah. Sekali lagi,
berhati-hatilah..
Sekian.
Abdullah
Pulau Pinang