Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Pengkritik JIM. Sila Jawab Soalan Saya.

1. Sendainya saya seorang anggota PERKIM dan dalam masa yang sama menjadi ahli Parti Keadilan Nasional tetapi masih menyertai program anjuran PERKIM, apakah saya dianggap mengkhianati perjuangan Parti Keadilan Nasional.

2. Seandainya saya seorang anggota ABIM dan dalam masa yang sama merupakan ahli Parti Keadilan NasionaL, tetapi masih terlibat dengan aktiviti anjuran ABIM, apakah saya mengkhianati kepada Parti Keadilan Nasional.

3. Seandainya saya seorang ahli Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan dalam masa yang sama merupakan ahli Parti Keadilan Nasional, tetapi masih terlibat dengan aktiviti CAP, apakah boleh saya dianggap mengkhianati Parti Keadilan Nasional.

4. Seandainya saya sorang ahli Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan dalam masa yang sama menjadi ahli Parti keadilan Nasional, tetapi masih terlibat dengan aktiviti SAM, apakah saya boleh dianggap tidak setia kepada Parti Keadilan Nasional.

MAKA adilkah kiranya saya seorang anggota JIM dan dalam masa merupakan ahli Parti Keadilan Nasional dan masih terlibat dengan aktiviti anjuran JIM, lalu saya dianggap mengkhianati Parti Keadilan Nasional.

Berikan Keadilan Kepada Saya.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com