Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Komen kepada Pengkritik JIM Sila Jawab Soalan Saya

Kini terdapat perencanaan oleh golongan anti keADILan yang sedang cuba memecah-belahkan Parti ini. Cubaan ini bermula daripada sebelum pilihan raya Telok Kemang lagi apabila akhbar perdana menyerang keADILan dan UMNO menggunakan "infilters" mereka dalam keADILan mencucuk ahli-ahli keADILan. Infilters ini telah mengembar-gemburkan tentang masalah keADILan yang TIDAK PERNAH UJUD.

Pemimpin keADILan di peringkat Pusat, Negeri dan Bahagian tahu siapakah "infilters" ini dan mereka sedang memerhatikan tindakan 'infilter" ini. Setengah daripada infilters ini telah pun terjun seperti Luncai dengan labi-labinya semasa Pilihan Raya Telok Kemang lalu seperti BAM dan Wan Indera.

Bertolak daripada situ mereka berjaya mempengaruhi webmasters untuk melakukan "tafakur". Tetapi tafakur itu gagal apabila Mahafiraun dan Mahazalim originalmembuat statements.

Kini, serangan terhadap keADILan semakin hebat. Setiap hari surat khabar perdana menyerang keADILan dan mengembar-gemburkan isu-isu yang tidak pernah ujud. Sebaliknya, jika kita halusi, masalah yang mereka gembar-gemburkan adalah masalah UMNO, MCA dan MIC.

Daripada pengalaman, Mahathir suka menggunakan "reverse psychology" terhadap rakyat untukmelahirkanperasaan takut dan curiga.

Kini, serangan baru ialah mempertikaikan sumbangan ABIM dan JIM dalam keADILan. Mereka melaga-lagakan JIM dan ABIM, dua badan yang memberi sokongan padu kepada keADILan. Mereka tahu kekuatan keADILan ialah sokongan padu ABIM dan JIM dan Datin Seri Presiden telah pun menyatakan secara terbuka "ABIM DN JIM BUKANLAH PUNCA MASALAH."

Tidak nampakkah kita "the grand design" Mahathir. PECAH DAN PERINTAH. SEMOGA KITA TIDAK TERTIPU DENGAN TEKTIK MEREKA.

asmadi


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com