Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Kedudukan 'Laman Reformasi' atau Mahazalim

Banyak orang bertanyakan mengenai Laman reformasi, di sini dijelaskan sedikit mengikut fahaman saya sebagai seorang pengguna internet.

Laman Reformasi Asal
[http://mahazalim.tripod.com/]

Laman ini dikendalikan oleh Mahazalim dengan email mahazalim@hotmail.com. Laman ini telah tidak diupdate kira-kiraan pada 8 Disember 1998 setelah berjaya menjadi laman paling top kunjungan di dunia. Banyak telahaan dibuat antaranya mengatakan Mahazalim telah ditangkap, sakit, mati dan sebagainya. Sebenarnya Mahazalim sakit yang agak teruk juga.

Laman Reformasi kini
[http://mahazalimtwo.tripod.com/]

Setelah beberapa bulan, maka muncullah 'Laman Rerformasi' yang dikendalikan oleh Mahazalimtwo dengan email mahazalimtwo@yahoo.com. Alasan yang diberi ialah meneruskan perjuagan mahazalim pertama. Ada banyak pendapat mengenai laman ini. Saya pada masa itu berpendapat bahawa ini adalah strategi mahazalim pertama dengan mematikan wataknya bagi mengelirukan SB.

Saya lagi mempercayai bahawa kedua-dua orang ini adalah sama bila tak beberapa lama kemudian Laman http://mahazalim.tripod.com/ telah memberi arajan perpindahan. Mustahil seorang yang telah mati boleh memberitahu untuk pergi ke Laman Mahazalimtwo. Kecuali orang yang tahu password tripod aje boleh update lamannya.

Selepas pilihan raya, Laman Mahazalimtwo tidak diupdate beberapa ketika. Banyak orang tidk puas hati... tiada saluran untuk disampaikan maklumat ini. Laman yang aktif pada masa ini hanyalah Minda Rakyat (Polong Cyber) http://mindarakyat2.tripod.com (Syabas kepada webmasternya). Pada masa yang sama Tranung Kite mula menonjol. Selain daripada itu Pemantau dan Al-Islah ada juga tak berapa aktif.

Laman Mahazlimtwo telah diupdate beberapa minggu kemudiaan sehinggalah satu masa ada penggumuman yang menyebut bahawa Mahazalimtwo akan ke Timur Tengah (ada yang berpendapat menjadi YB setelah menang dalam pilihan raya). Laman ini akan diserahkan kepada "orang Ketiga" dengan menggunakan email yang sama iaitu mahazalimtwo@yahoo.com. Banyak kritikan yang diluahkan dibawah kendalian orang ketiga ini.

Setelah laman ini beberoperasi beberapa masa timbullah isu tafakur pada 25 Mei 2000. Pada masa ini muncullah exmahazalim dengan menggunakan email exmahazalim@yahoo.com.

Selepas aje Tafakur tamat, Laman ini telah dihack pada pukul 12.35 malam 9 Jun 2000 (Khmais malam jummat). Setelah itu laman ini hidup semula dengan design yang sama. Pada masa yang sama Mahazalim asal hidup semula. Banyak pula isu yang timbul mana satu yang benar ??

Kesimpulan

1. Dulu saya mempercayai mahazalim dan mahazalimtwo adalah orang yang sama, tetapi sekarang tidak. Mahazlimtwo membina laman tersebut dengan menggunakan URL yang berbeza. Mungkin setelah beberapa masa Mahazalim memberi laluan kepada Mahazalimtwo. Kerjasama secara baik telah berlaku di antara mereka. Saya mempercayai bahawa mereka ini tidak kenal antara satu sama lain.

Semasa laman Mahazalimtwo di'hack' Laman mahazalim tidak terkena.

2. exmahazalim sebenarnya ialah 'orang yang kedua' iaitu setelah dia pergi ke Timur Tengah, dia serah laman ini kepada 'orang yang ketiga' jadi emailnya telah dimiliki oleh webmaster baru. Webmaster biasaya selalu menukar email. Jadi dia terpaksa menggunakan email yang lain, iaitu exmahazalim@yahoo.com. Dia ini juga membuka satu laman yang baru taksalah boleh check dimenu tafakur iaitu http://reformasirakyat.tripod.com/ (sila semak sendiri)
Orang yang kedua dan ketiga ini mempunyai hubungan yang itim.

Persoalan yang belum terjawab

1. Kenapa mahazalim asal (pertama) juga bertafakur sama. Adakah mahazalim pertama juga hadir dalam pertemuan itu, hnyaa mahazalim asal boleh menjawab.

2. Adakah benar bahawa 'orang kedua' bukan pergi ke Timur Tengah tetapi telah menjadi YB. kemuadian ada beberapa perkara yang tak dipersetujui telah berlaku, timbul tafakur dan 'hack'. dan hack ini adalah berlaku dari dalam ??? Semuanya hanya mahazalimtwo boleh menjawab.

3. Kenapa bila di'hack' Laman reformasi tidak menggunakan URL baru untuk sementara waktu. Untuk membuat pendaftaran tripod dan upload fail mahazalim, tidak sampai pun 30 minit.

Saya tinggalkan dalam bentuk persoalan untuk di jawab sendiri oleh pembaca.

Tok Penghulu
[tokpenghulu@hotmail.com]


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com