Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Umat MelayuTelah Meninggalkan Jatidiri Islamnya

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Perpecahan sudah mula menjadi perkataan akrab di kalangan umat yang digelar dan menggelarkan diri mereka Melayu. Tidak kira mereka berada di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Brunai atau di mana-mana sahaja di atas muka bumi Allah ini.

Kenapa begini jadinya?

Jawabnya Umat Melayu telah tinggalkan jatidiri mereka jauh dari lubok hati. Mereka meraba-raba mencari jatidiri yang mereka rasa telah pudar. Mereka tidak sedar bahawa jatidiri mereka ialah Islam dan Islam itu telah mereka tinggalkan.

Mereka kagum bangsa kafir berjaya menakluk bulan dan angkasaraya. Bukan kagumkan ilmunya, tetapi terpesona dengan keupayaan membiayai program penaklukan itu. Lantas sebuk umat Melayu cuba membina kekayaan melalui kekuasaan sementara yang Allah pinjamkan.

Mereka kecewa Umat Melayu kurang adab tetapi mereka terlupa hanya Islam yang mengajar sopan santun dan berhemah.

Mereka kecewa Umat Melayu pengamal rasuah dan tidak amanah tetapi mereka terlupa hanya Islam mendidik untuk bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan dan hanya Islam yang mengajar untuk tunduk dan patuh kepada Allah dalam usaha memikul amanah.

Mereka kecewa Umat Melayu mundur di dalam pelajaran tetapi mereka terlupa hanya Islam yang memasak diri supaya berilmu.

Selagi Umat Melayu gagal mengenal jatidiri yang sebenarnya dan kembali menegakkannya selagi itulah mereka yang memanggil badan dan diri mereka Melayu akan terus dilanda kecewa.

Mengakhiri komen ini saya suka memetik kata-kata yang pernah diluahkan oleh Prof. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud dari ISTAC, Kuala Lumpur sebagaimana berikut :

Jika bapa hanya pintar melahirkan anak, jika pelajar hanya mahu lulus ujian dan cari kerja, jika guru, pensyarah kehilangan arah, jiwa terpaku di dada ijazah, jika peniaga bermain politik dan bertuhankan laba dan ahli politik memperniagakan segala prinsip dan etika, jika cedikiawan cuma mengikut dan membuat komentar, ADAM akan menyesal dan IBLIS berkenduri besar.

Wassallam

Fauzijs


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com