Petikan :
Tranung Kite eGroups
assalamualaikum....
Saya sebagai rakyat terengganu merasa terpanggil untuk mengutamakan isu ini
kepada meraka yang lebih arif tentang harga petrol di negeri ini terutama di
daerah setiu, besut dan pasir putih (kelantan). Harga petrol ini adalah
lebih mahal berbanding dengan harga-harga petrol di negeri yang tidak
mengeluarkan minyak dan jika ini tidak diambil kira kenapa harga minyak
petrol tidak dapat di selaraskan.
sebagai contoh,
DI BESUT DAN SETIU TRG.
RM 20.00 17.81 LITER/ LEBIH MAHAL
DI K.TRG.
RM 20.00 18.12 LITER
DI PASIR PUTIH.
RM 20.00 17.78 LITER/ MAHAL
KUANTAN
RM 20.00 18.18 LITER
untuk pengentahuan semua perjalanan saya dari kota bahru ke kuantan adalah
setiap minggu dengan kereta dan perkara ini adalah perlu diambil perhatian.
bagi mereka yang mengisi minyak 5-10 ringgit tidak terasa, tetapi bagi saya
dan mereka yang lain mengisi penuh tangki setiap kali berhenti di stesen
minyak. lama-kelamaan...?? renungkan
sekian.
SJ