DATO’ HAJI FADZIL MOHD. NOOR
KETUA PEMBANGKANG
27 JUN 2000
‘MAHATHIR JANGAN POLITIKKAN GANGSTERISME DI SEKOLAH’
Masalah displin di sekolah-sekolah memang satu isu yang amat serius sehingga
mencapai tahap yang membimbangkan semua pihak. Inilah bukti jelas kegagalan
dasar
pendidikan kerajaan BN yang sangat dibangga-banggakan itu.
Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai baik tetapi
nampaknya
ini semua hanya retorika semata-mata. Ini kerana contoh yang ditunjukkan oleh
pihak
lain terutama orang dewasa yang berpengaruh dalam masyarakat tetapi menjadi
ikutan
oleh para remaja termasuk pelajar sekolah.
Kenyataan Dr Mahathir bahawa pelajar menjadi liar adalah akibat daripada
pengaruh
gerakan luar seperti reformasi adalah meleset samasekali. Sebenarnya pelajar
mendapat ilham untuk melakukan perkara-perkara buruk setelah melihat gelagat
pemimpin-pemimpin masyarakat terutama ahli politik pemerintah dan mereka yang
biasa
dianggap pelindung ketenteraman dalam masyarakat khususnya pihak polis. Juga
tidak
keterlaluan jika pengaruh media massa yang menonjolkan keganasan turut
menyumbang
kepada tingkahlaku ganas para pelajar kita sekarang.
Kalau pelajar menumbuk pelajar lain apakah ia tidak boleh dikaitkan dengan
tindakan
bekas ketua polis negara menumbuk bekas timbalan perdana menteri atau seorang
bekas
menteri besar menumbuk kakitangan MAS di KLIA tidak berapa lama dahulu? Kalau
pelajar mengugut pelajar lain mungkinkah mereka dipengaruhi oleh perdana menteri
sendiri yang dikatakan mengugut pegawai tinggi BPR supaya tidak meneruskan
siasatan
ke atas seorang ketua jabatan kerajaan? Dan jika seorang pelajar menyertakan
sebutir peluru hidup bersama kad ucapan kepada gurunya apakah ia tidak belajar
daripada tindak-tanduk pihak polis yang mengacukan pistol keatas kepala penunjuk
perasaan dalam siri tunjuk perasaan aman satu ketika dahulu? Yang anehnya polis
sendiri mengesahkan ayah pelajar terbabit itu sendiri seorang polis. Sebenarnya
Dr
Mahathir cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada masalah asas yang melanda
sistem pendidikan dan persekolahan negara kita.
Seorang yang waras pastinya akan menolak kenyataan Dr Mahathir. Masalah displin
di
sekolah-sekolah sudah wujud sekian lama, tetapi media massa pro-UMNO memilih
untuk
menonjolkan isu ini ketika ini untuk memberi ‘senjata’ kepada Dr Mahathir
menyerang
massa yang menentang pentadbiran beliau yang sangat korup itu. Barangkali
Mahathir
fikir bahawa teori rekaan beliau bahawa ada usaha-usaha untuk ‘menjatuhkan
Malaysia’ (sebenarnya mengusir beliau) akan lebih bermakna dan ‘credible’ jika
semua masalah yang dihadapi dipersalahkan ke atas ‘pihak-pihak yang mahu
mengancam
kedaulatan Malaysia’.
Diagnosis yang dibuat oleh Dr. Mahathir terhadap masalah ini adalah salah.
Selagi
Dr. Mahathir berpegang kepada diagnosis yang dibuatnya ini, pasti gejala
gangsterisme ini tidak akan dapat dirawat. Dr. Mahathir hanya menipu dirinya
sendiri dan pemikiran rakyat pula cuba diselewengkan. Rakyat Malaysia tidaklah
begitu naif untuk menerima bulat-bulat kenyataan dangkal seumpama itu.
Dato’ Haji Fadzil Mohd. Noor
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia