Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


GOTONG-ROYONG PERDANA MEMBERSIHKAN MARKAZ TARBIAH PAS PUSAT, TAMAN MELEWAR.

Kenyataan Akhbar
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli
Pengerusi Lajnah Perumahan dan Alam Sekitar PAS Pusat
27 Jun 2000

GOTONG-ROYONG PERDANA MEMBERSIHKAN MARKAZ TARBIAH PAS PUSAT, TAMAN MELEWAR.

Sebagai menyahut seruan dan teguran dari berbagai lapisan masyarakat amnya dan dari berbagai golongan ahli-ahli dan kepimpinan PAS sendiri yang begitu prihatin dan mengambil berat tentang imej PAS yang ditonjolkan oleh pusat aktiviti PAS iaitu Markaz Tarbiah Pusat, maka kami dari Lujnah Perumahan dan Alam Sekitar serta Unit Amal dan Unit Amal Nisa' Walbanat (UANWB), mengambil inisiatif untuk mengadakan program yang tersebut diatas.

Program tersebut akan diadakan pada hari Ahad 9 Julai 2000 bersamaan 7 Rabiulakhir 1421 bermula jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang.

Pada masa yang sama UANWB Pusat akan mengadakan Jualan barangan terpakai untuk menghabiskan stok yang berada didalam Bilik 'Klinik Rufaidah'.

Pihak kami sangat berharap agar program ini dapat dihebahkan kepada semua ahli dan penyokong-penyokong PAS sebagai menunjukkan pengorbanan ikhlas terhadap perjuangan PAS itu sendiri. Suka diingatkan disini, sebagai memulakan budaya baru dan sihat dalam aktiviti PAS, hendaklah dimaklumkan juga bahawa makanan dan minuman pada hari tersebut dibawa dari rumah masing-masing ataupun dibeli sendiri. Ini untuk memudahkan pelaksanaan program dan juga tidak mahu membeban kepada pihak tertentu sahaja.

Sukarelawan-sukarelawan pada hari tersebut hendaklah lengkap ber'senjata'kan peralatan mencuci, peralatan membaiki, peralatan plumbing dan wiring serta sebagainya yang difikirkan perlu.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Agung Jalan Pahang Barat 03 40214735 (Dr Hatta), Pejabat DMPP 036877517, 03 6895612, Badrul 012 2785200 dan Abd Aziz 03 7374584.

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com