-KENYATAAN MEDIA-
DATO’ FADZIL MOHD. NOOR
PRESIDEN PAS
27 JUN 2000
‘PEMIMPIN UMNO PERSENDA ISLAM’
PAS memandang serius perbalahan yang sedang berlaku antara pemimpin Umno dengan
Jabatan Agama Islam Selangor, berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan
tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah
pub
di Damansara Utama, Selangor.
Tindakan JAIS adalah selaras dengan peruntukan-peruntukan dalam enakmen kerajaan
Negeri Selangor yang diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional sendiri. Kita
dimaklumkan bahawa tindakan yang diambil oleh JAIS adalah berikutan banyak aduan
daripada orang ramai dan hasil siasatan pihak JAIS sendiri. Malah serbuan ini
tidak
dilakukan oleh JAIS sahaja tetapi disertai oleh pihak Pegawai Kerajaan Negeri
dan
Rela.
Maklumat lain juga menunjukkan bahawa tangkapan yang dibuat hanya melibatkan
mereka
yang mencemarkan imej Islam yang bekerja sebagai ‘Guest Relation Officer’ (GRO)
dan
pelayan pub yang menghidangkan minuman keras. Pengunjung dari kalangan orang
awam
tidak ditahan. Akibat laporan berita yang tidak tepat oleh media perdana
pro-Umno,
rakyat menjadi keliru dan mendapat gambaran salah terhadap tindakan pegawai JAIS
tersebut. Berdasarkan maklumat baru ini, kita mendapati bahawa tindakan JAIS itu
adalah bersesuaian dengan kehendak Islam dan perlu diberi sokongan oleh segenap
lapisan masyarakat Islam.
Kenyataan melulu Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Badawi memberi
tamparan hebat kepada usaha-usaha memelihara imej Islam di negara ini.
Sepatutnya
beliau mendapatkan laporan lengkap daripada pihak berkenaan sebelum membuat
sebarang kenyataan. Ini menunjukkan sikap sebenar pemimpin Umno terhadap Islam,
yang cepat melenting tanpa usul periksa apabila sesuatu isu berkait dengan Islam
ditimbulkan, sehingga memberikan imej yang amat negatif terhadap Islam pada
pandangan masyarakat bukan Islam. Cara Timbalan PM itu mengingatkan kita
tindakan
sama yang dibuat oleh Dr. Mahathir dalam menentang tangkapan Ratu Cantik dalam
tahun 1997 yang akhirnya menyebabkan Mufti Selangor ketika itu dipecat.
Setiap kali pemimpin-pemimpin Umno berbicara tentang Islam, mereka menimbulkan
perkara-perkara yang boleh menakut-nakutkan rakyat terutama orang bukan Islam.
Dengan cara inilah mereka boleh beralasan bahawa negara ini tidak boleh
mengguna-pakai hukum dan undang-undang Islam. Dalam isu ini kenyataan susulan
yang
dibuat oleh Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ketua Menteri Melaka jelas
membuktikan hakikat ini.
PAS bersimpati dengan pegawai dan kakitangan JAIS yang diserang oleh ahli
politik
yang berkepentingan bagi kali yang kedua selepas isu ratu cantik pada tahun
1997.
Kami yakin umat Islam yang cintakan agamanya pasti bersama mereka untuk
menegakkan
kebenaran.
DATO’ HAJI FADZIL MOHD. NOOR.
PRESIDEN PAS