Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Prinsip Abu Bakar perlu dicontohi

Petikan :
Tranung Kite eGroups

Selepas dipilih menjadi khalifah, Saidina Abu Bakar dalam ucapan pertamanya di depan khalayak ramai di dalam masjid nabi menegaskan:

"Saya telah diberikan kuasa ke atas kamu dan saya bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika saya lakukan yang betul, bantulah saya. Jika saya lakukan yang salah, perbetulkan saya. Perihatin terhadap kebenaran ialah kesetiaan dan pengabaian terhadap kebenaran ialah pengkhianatan. Yang lemah di kalangan kamu hendaklah menjadi kuat bersamaku sehinggalah aku kembalikan semula kepadanya haknya dengan izin Allah, dan yang kuat di antara kamu hendaklah menjadi lemah bersamaku sehinggalah aku rampaskan semula daripadanya hak orang lain dengan izin Allah. Taatlah kepadaku selagi aku taat kepada Allah dan rasulNYA. Sekiranya aku engkar akan Allah dan rasulNYA, kamu tidak perlu taat kepadaku. Bangunlah bersembahyang, Tuhan mempunyai rahmat ke atasmu."

Zubir Ngah
Teluk Lipat, Dungun Trg.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com