Assalamualaikum & Salam Reformasi,
Saya adalah pemerhati dan penyokong kesemua gerakan yang meletakkan keadilan sejagat dan kemakmuran sebagai landasan utama namun sumbanagn saya hanyalah melalui internet dan pandangan dari Bumi di Bawah Bayu disebabkan banyak faktor-faktor luaran.
Namun begitu, memandangkan cadangan penggabungan tersebut telah diluluskan dalam AGM kedua-dua parti yang terlibat baru-baru ini, maka saya ingin memberikan cadangan di bawah ini sebagai satu dari tindakan REFORMASI kedua-dua pertubuhan tersebut dalam memantapkan lagi perjuangan rakyat menuju destinasi utama mereka.
PRM adalah parti yang telah matang dari segi usia dan perjuangan begitu juga keADILan cuma bezanya adalah usianya yang masih muda walau semangatnya melebihi UMNO. Saya sangat mendoakan impian dan cadangan ini menjadi kenyataan suatu hari nanti...namun sebelum itu saya meminta kesemua yang akan membaca dan menerima e-mail ini agar mengambilnya dari sudut POSITIF dan jangan sekali-sekali ada wujud unsur NEGATIF di sini:
PRM & keADILan boleh digabungkan atas satu nama dan logo baru sesuai dengan keputusan MT kedua-dua parti itu nanti...dan di sini nanti akan timbul masalah utama dari pihak Pendaftar Pertubuhan (ROC) sama ada meluluskan atau tidak.....(ini sudah pasti..!!) Bagi mengatasi masalah ini, saya mencadangkan agar status pendaftaran PRM digunakan untuk merealisasikan penggabungan ini dengan cara mengubah nama seolah-olah asalnya adalah PRM dan bertukar menjadi satu nama baru dengan struktur organisasi yang baru tetapi logo secara peribadi saya cadangkan logo keADILan.
Manakala staus pendaftaran keADILan pula yang asalnya dari parti IKATAN digunakan untuk menukar nama kepada Himpunan Angkatan Keadilan (HAK) yang akan digunakan sebagai satu nama dan lambang untuk gabungan kesemua parti Alternatif. Bermakna, nama Barisan Alternatif (BA) yang secara rasminya tidak didaftarkan akan ditukar kepada HAK menerusi sijil pendaftaran keADILan.
Dengan cara ini, maka segala masalah yang berkaitan dengan ROC pasti dapat diselesaikan kerana kita semua tahu ROC berada di bawah MahaZalim & Pembantunya...pasti gagal jika menerusi prosedur biasa.
Nah..!! Dengan ini, usaha yang gigih akan dilakukan oleh kesemua parti dalam HAK (menggangtikan naam BA) akan dilakukan secara menyeluruh. Saya secara peribadi RISAU akibat masalah pendaftaran satu standard logo untuk untuk mewakili kesemua parti alternatif nanti akan membantutkan usaha menawan Malaysia pada 2004.
Semoga mendapat perhatian dari anda semua.
terima kasih.
Alexander the Great @ Iskandar Zulkarnain