Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Respon TMJ : Teruskan Menulis dan Menerbit!!!!

Sejak sebulan dua ni, saya banyak terbaca komentar Encik Tarmizi Mohd Jam. Saya mengikuti tulisan beliau sejak beliau menjadi wartawan Harakah. Banyak juga rencana berkenaan politik tanahair, diulasnya sepanjang menjadi wartawan Dalam Harakah dulu, beliau pernah memimpin sisipan akhbar itu, bernama BICARA UMMAH setebal lapan mukasurat. Berbanding sisipan Harakah sekarang yang bernama FIKRAH, ianya jauh lebih baik, lebih tajam kritikannya, lebih berani dan banyak analisa-analisa yang memberikan maklumat dan ilmu kepada para pembacanya.

Apabila saya membelek-belek beberapa laman web proreformasi, saya dapati penulis ini sudah banyak memberikan sumbangan rencananya untuk tatapan umum. Macam M.G.G Pillai, yang tak jemu-jemu menulis untuk santapan ruhani kita.

Ada penulis lain, yang konsisten tetapi menggunakan nama-mana samaran. Ini mengurangkan minat saya untuk mengikutinya dan menjilidkan isu-isu berkenaan dalam disket. Saya lebih suka, penulis yang memang wujud dan ada atas pentas politik negara kita!

Apa yang menarik, tulisan Encik Tarmizi yang banyak mengkritik Umno dan BN, banyak membantu saya untuk mengikuti perkembangan politik tanahair. Saya amat tertarik untuk menyatakan sokongan saya terhadap beliau agar terus menulis dan menerbitkan majalah isu semasa sekalipun mendapat sekatan dari KDN. Saya bersetuju, setelah berjumpa dengan beberapa orang peguam dan pensyarah universiti bahagian kewartawanan ini, memang boleh untuk Encik Tarmizi menulis dan menerbitkan majalah isu kerana ianya adalah majalah tidak berkala.

Saya doakan, beliau akan terus menulis dan menerbit lebih aktif lagi majalah-majalah isu ini ataupun buku-buku politik pada masa depan. Ini kerana penulis politik di negara kita bukannya ramai yang menyokong pembangkang atau yang konsiisten. Tengok yahya Ismail, dulu bukan main sokong Semangat 46 dan PAS. Sekarang bukak akhbar BEBAS yang jelas lawan PAS. Begitu juga S.H Alattas, bukan sahaja hentam PAS, tok guru Haji Hadi, Nik Aziz pun dilanyaknya dalam buku terbarunya tu. Mereka ni, dah mula berjinak dengan Umno balik.

Selain Encik Ahmad Lutfi Osman, Sayuti Omar…siapa lagi? Teruskan perjuangan ini demi untuk anak bangsa kita. Menulis pada ruangan web ini, bukan dapat pulangan. Tapi, inilah sebab saya bagi respon kepada Encik Tarmizi, kerana sangggup menulis, bersengkap biji mata, mentelaah, dan mengarang untuk tatapan orang lain.

Saya tahu, kerja ini bukan senang. Kalau senang, semua orang boleh menulis. Boleh menghantar emeil kepada laman-laman proreformasi yang banyak ni. Sebab tak dapat duit menulis di ruangan inilah, maka penulis yang ramai menulis di luar tu, enggan menyumbangkan hasil analisa dan kritikan mereka kepada rakyat.

Lebih teruk dari itu, penulis-penulis dalam laman web ini pulak, terdedah kepada kritikan, komen penulis lain, hentaman entah dari mana datangnya, dan kadang-kadang orang menulis tentang BURUK kita dan dibaca oleh orang-ramai yang mengunjungi laman-laman web ini. Konsisiten Encik Tarmizi sebagai penulis lama, mungkin dapat membantu mempertahankan stamina menentang tekanan-tekanan yang menimpa seumpama ini. Jangan mengalah, giatkan lagi penulisan cyber ini.

Tahniah sekali lagi. Lawan tetap lawan.

Pak Suhor Haji Mohd Shukor
17 Jun 2000 Kota Bharu, Kelantan


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com