Petikan :
Tranung Kite eGroups
Oleh Cucu Tok Wang,
Seberang Pintasan, Dungun Terengganu DI.
Merokok itu haram. Setengah ulama berpendapat merokok itu makruh.
Mereka yang merokok kebanyakannya berdalih dengan pandangan ulama
yang mengatakan rokok itu makruh. Kalau kita teliti dengan jelas ayat
ayat al Quran kita yakin merokok itu haram. Islam melarang kita umat
Islam menjunamkan diri ke arah kebinasaan. Kebinaasan dalam konteks
penulisan ini ialah kemudharatkan kesihatan.
Rokok mangandungi tar, nicotine dan bahan kimia lain yang mendedahkan
kita kepada penyakit paru paru seperti TB dan kanser. Menurut
kajian, 87% cancer peparu adalah disebabkan amalan merokok. Penyakit
yang timbul kesan daripada merokok dianggarkan telah meragut sebanyak
430,000 nyawa setiap tahun di Amerika. Rakyat Amerika telah
membelanjakan hampir 97 bilion dollar setahun untuk mendapatkan
rawatan.
Islam juga bencikan pembaziran. Membelanjakan rezeki yang halal
semata mata untuk merokok adalah satu pembaziran kerana faedah yang
diperolehi daripada merokok adalah terlalu kecil dibandingkan dengan
keburukannya. Quran menjelaskan antara sebab arak itu haram ialah
kerana sedikit sahaja manfaat yang arak sajikan, selebihnya
kemudharatan.
Apa yang menyedihkan, mereka yang tidak merokok tetapi menghidu asap
rokok juga tidak terkecuali daripada terdedah kepada pelbagai
kemudharatan. Di Amerika, menghidu asap rokok (secondhand smoke)
telah menjadi punca kanser paru paru yang dianggarkan membawa 3000
kematian setiap tahun. Ia juga menjadi punca kepada penyakit jantung
yang membawa kematian sebanyak 37000 orang setiap tahun.
Anak anak kecik terutamanya, mereka terlalu sensitif kepada asap
rokok. Asap rokok merendahkan fungsi dan keaktifan peparu kerana
peparu mereka masih dalam peringkat tumbesaran. Asap rokok yang
dihidu mengandungi sebanyak 4000 bahan kimia - 200 daripadanya adalah
beracun dan 43 lagi menyebabkan kanser. Kesannya apabila dihidu,
anak anak cenderung untuk mengalami pneumonia, penyakit peparu dan
juga penyakit lelah (asthma).
Kesan buruk merokok bukan sahaja terhadap kesihatan badan, tetapi
juga kepada kesihatan fikiran. Memanglah dalam 10 minit pertama
selepas merokok, otak menjadi aktif kesan daripada peningkatan
pengaliran darah disebabkan oleh peningkatan denyutan jantung.
Mereka yang merokok mendakwa bahawa otak mereka cerdas dan fikiran
mereka menjadi ligat. Tetapi 30 minit selepas itu, keaktifan otak
kembali kepada asal atau mungkin di bawah tahap yang asal.
Kesan jangka panjang setelah berulang kali merokok ialah keaktifan
otak menurun ketahap yang rendah sehingga perokok menjadi begitu
bergantung kepada rokok untuk kembali berfikir secara normal. Kini,
menghisap sebatang rokok tidak lagi mencukupi. Dulunya menghisap
rokok, kini rokok menghisap dirinya.
Kesihatan merupakan nikmat yang Tuhan kurniakan untuk kita gunakan
sebaiknya demi memperjuangkan Islam dan mendaulatkan ajarannya. Akal
meletakkan kita sebagai sebaik baik makhluk ciptaanNYA. Fikiran yang
sihat datang dari akal yang sihat. Marilah kita memberi sedikit
renungan dan mengambil pengiktibaran.