Pengenalan
ARTIKAL ini mengisahkan kehidupan dan pengalaman beberapa orang ahli sains yang agung, daripada pemerhatian yang paling awal tentang langit kepada teori moden tentang alam semesta. Artikal ini bukan tentang sejarah sains yang menyeluruh, tetapi memberikan huraian terperinci tentang kejayaan cemerlang dan penemuan yang telah memberikan kesan yang besar kepada kehidupan manusia dan zaman ke zaman.
Siapakah ahli sains?
Ahli sains ialah orang yang mengumpulkan ilmu tentang dunia dan bagaimana dunia berfungsi. Untuk melaksanakan tugas ini mereka menyoal, kemudian mencuba menjawabnya melalui pemerhatian dan eksperimen. Kini terdapat banyak ahli sains dalam pelbagai bidang, tetapi hingga kira-kira 200 tahun dahulu, orang tidak membezakan disiplin-disiplin sains, Malah istilah "ahli sains" tidak vujud sebelum tahun 1830.
Bagaimana sains bermula
Sains bermula sebagai pencarian ilmu yang wujud disebabkan keperluan untuk terus hidup. Misalnya, pemburu dahulu kala mengkaji tabiat dan kepelbagaian haiwan yang diburu oleh mereka. Mereka menemukan kegunaan tumbuhan dan herba sebagai makanan dan ubat, serta mencari jalan bagaimana memanfaatkan bahan semula jadi seperti logam dan mineral. Melalui eksperimen bahan ini, manusia memajukan cara untuk nieningkatkan taraf hidup mereka.
Hari ini, kita bergantung pada sains dalam banyak perkara yang kita lakukan untuk memperolehi keselesaan, kesihatan dan hiburan. Artikal ini mengisahkan orarig yang mernungkinkan kemajuan sains ini.
Meluaskan sempadan ilmu
Ilmu sains terus berkembang, dan kebenaran sains pada satu zaman kerap dipersoalkan oleh orang pada zaman yang berikutnya. Pada umumnya, ahli sains hari ini menerima bahawa teori mereka akan dikaji semula pada masa depan. Ciptaan dan penemuan baru pun mengubah cara kita melihaf dunia. Misalnya, banyak wang Eropah pada ahad ke-15 yang percaya bahawa langit terdiri daripada sfera hablur yang membawa bintang dan planet di sekeliling bumi. Tetapi penemuan seperti yang dimungkinkan oleh penciptaan teleskop mernaksa orang menolak idea itu. Mereka mula mengganggap alam semesta sebagai lebih besar daripada yanq disangkakan sebelurnnya. Hal ini seterusnya mengubah idea orang tentang kedudukan mereka sendiri di alam semesta.
Susunan sejarah
Artikal ini disusun mengikut knonologi sejarah, bermula daripada idea sains dan kemahiran perubatan yang paling awal digunakan di dunia purba. Artikal ini selanjutnya mengemukakan pemikin Arab Zaman Pertengahan dan peranan utama yang dimainkan oleh mereka dalam mengabadikan dan memajukan pembelajaran klasik dan menyampaikannya ke Zaman Pembaharuan Eropah. Bermula dan sini, artikal ini mendedahkan kemajuan sains yang beransur-ansur menjadi disiplin-disiplin yang berasingan. Artikal ini membincangkan perhubungan yang berubah antara sains dengan agama, dan kesukaran yang dihadapi oleh ahli sains yang awal. Tendapat juga muka surat tentang masyarakat sains dan peranan ahli sains wanita yang sangat penting tetapi dipandang rendah. Carta yang Insya-Allah akan dipaparkan nanti menggariskan peristiwa utama yang dihuraikan dalam artikal ini.
Tarikh
Sebahagian daripada tarikh adalah dan tempoh sebelum kelahiran Nabi Isa. Tarikh itu ditandai dengan huruf SM. Tarikh awal dalam tempoh selepas kelahiran Nabi Isa ditandai dengan huruf TM. Sesetengah tarikh bermula dengan kependekan "c" yang bermaksud circa, bahasa Latin untuk "lebih kurang". Kependekan ini digunakan apabila ahli sejarah tidak pasti tentang tarikh tepat sesuatu peristiwa.
Catatan : Artikal ini mungkin mencapai 45 siri