Petikan :
Tranung Kite eGroups
Sesuatu bangsa yang dijajah oleh kuasa asing akan merasa dirinya
terhina, hilang keyakinan diri dan yang paling penting tidak bebas
untuk melaksanakan apa yang
diaspirasikan oleh bangsa itu sendiri.
Bangsa penjajah menyifatkan diri mereka sebagai bangsa yang
bertamadun
tinggi dan bangsa yang dijajah sebagai bangsa yang bertamadun rendah.
Dengan
beranggapan bahawa mereka bertamadun tinggi, penjajah yakin bahawa
budaya mereka adalah budaya yang suci, benar dan wajib dicangkupkan
ke
atas bangsa lain
yang dianggap bertamadun rendah.
Agama bangsa yang dijajah dianggap sebagai kuno, budaya mereka
dianggap sebagai menghalang kemajuan dan cara mereka berkerja dilihat
penuh dengan
pembaziran manakala pemimpin mereka dianggap sebagai korup dan tidak
beretika. Atas dasar ini mereka harus dijajah dan diajar agar budaya
yang lebih bertamadun
dapat diterapkan.
Tujuan mereka berbuat demikian bukan untuk menjadikan bangsa yang
dijajah sebagai bangsa yang bertamadun tinggi tetapi sekadar satu
strategi untuk
memudahkan mereka menakluk dan seterusnya memastikan penguasaan
mereka
berterusan. Meskipun bangsa yang dijajah meresapi budaya bangsa
penjajah dalam
segala ruang lingkup kehidupan mereka namun mereka tidak sekali-kali
akan dianggap sebagai setaraf dengan bangsa penjajah selagi mereka
dijajah.
Matlamat utama sebenar penjajah ialah merampas hak rakyat peribumi,
meluaskan tanah jajahan serta mengaut kekayaan. Pengluasan wilayah
serta mengaut
kekayaan adalah tema sebenar dalam apa jua sejarah penjajahan yang
diasaskan dari barat. Sebagai bangsa yang bertamadun rendah, bangsa
yang dijajah
seolah-olah dihalalkan untuk memperhambakan serta diperbodohkan oleh
bangsa yang menjajah.
Pada hakikatnya tiada siapapun yang mahu dijajah, maka dengan itu
tiada siapapun patut menjadi penjajah. Sesuatu bangsa tidak boleh
memandang rendah terhadap
bangsa yang lain semata-mata kerana wujudnya perbezaan. Suatu bangsa
tidak boleh memandang rendah terhadap bangsa yang lain semata-mata
kerana wujudnya
perbezaan. Suatu bangsa yang hidup dengan persekitaran dan warisan
yang berbeza dengan bangsa yang lain tidak wajar melihat bangsa itu
sebagai lemah serta
boleh dijajah. Yang pastinya penjajah tidak pernah membawa nikmat
tetapi sentiasa digelumbangi dengan kepahitan.
Penjajah Portugis telah mengakibatkan berkuburnya Kesultanan Melayu
Melaka dan kehancuran warisan ketuanan Melayu yang tertua di tanah
semenanjung.
Penjajahan Belanda pula mengekspot perang Eropah ke nusantara Melayu
lantas menyebabkan banyak kehancuran kepada warisan Melayu serta
memercikkan
permusuhan sesama bangsa nusantara.
Penjajahan British pula menakluk dengan penuh diplomasi dan berjaya
memecah belahkan orang-orang Melayu serta membudayakan Raja-raja
Melayu untuk menerima
mereka sebagai tuan. Lantaran itu mereka bagaikan diberikan kunci
untuk mengeksplotasikan segala sumber asli di tanah air demi mengaut
kekayaan.
Penjajah Jepun pula membawa kesengsaraan yang tidak pernah tergambar
dalam sejarah tanahair. Kekejaman, kebuluran dan penderaan mental
yang
dialami oleh
rakyat, jelas menunjukkan bahawa penjajah Jepun bukannya hendak
membebaskan Asia dari belenggu penjajah barat seperti yang
dilaungkannya, tetapi sebenarnya
adalah satu bentuk penjajah yang lebih sadis.
Bagi generasi yang pernah dijajah, hidup di bawah penjajah amat
memilukan. Tetapi bagi generasi yang hidup dalam udara Kemerdekaan,
pengalaman perit ini tidak
pernah mereka rasai, lantas sukar untuk dihayati.
Lawan kepada penjajahan adalah Kemerdekaan. Setiap yang dijajah
idamkan Kemerdekaan. Apakah itu Kemerdekaan?
Kemerdekaan bermakna kita bebas dari cengkaman kuasa politik
penjajah.
Bebas memilih pemimpin dari kalangan anak bangsa sendiri, bebas
mengamalkan budaya
yang kita warisi, bebas menyuarakan pandangan kita dan seterusnya
melalui pemimpin yang dipilih bebas untuk memilih kerajaan dan
melaksanakan dasar-dasar yang
pro-kepentingan rakyat. Pada keseluruhannya Kemerdekaan membawa
pengertian bebas menentukan masa depan kita sendiri.
Kemerdekaan juga membawa pengertian berbangga sebagai satu bangsa
yang
berjati diri dan satu penebus maruah yang selama ini dihina.
Kemerdekaan melayakkan
kita duduk dan berdiri setaraf dengan bangsa-bangsa lain di dunia
serta menifestasi kedaulatan yang abadi.
Kemerdekaan juga memekarkan jiwa dan menyamankan perjuangan. Kalau
dahulu golongan patriot dan nasionalis dianggap sebagai pemberontak,
penjenayah dan
pengacau oleh penjajah, kini mereka dianggap sebagai pejuang-pejuang
Kemerdekaan yang terbilang.
Golongan reformis yang dahulunya dianggap sebagai racun pemikiran
rakyat, kini dilihat sebagai pencetus perjuangan dan pencorak wadah
pembangunan.
Kemerdekaan haruslah dikenali sebelum dapat dihayati hanya dengan
cara
ini sahajalah Kemerdekaan akan benar-benar membawa erti.
HENTIKAN PERJUANGAN YG SIA-SIA...............
IBU SINGA