Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Teguran untuk Kini 161

Assalamualaikum. Cuma nak tegur sedikit. Di dalam artikel "Kini 161 - Mungkinkah Perdana Menteri Malaysia Bukan Melayu?", perkataan konvensyen saya rasa tidak tepat dimaksudkan dengan rukun.

Konvensyen adalah sesuatu perkara yang dipersetujui melalui perbincangan atau mesyuarat. Lebih tepat konvensyen dimaksudkan dengan "hasil perbincangan". Malayu kata konvensyen. Inggeris kata convention.

Perdana Menteri dilantik daripada kalangan orang Melayu kerana ia dipersetujui oleh Barisan Nasional. Jadi memanglah ia satu konvensyen untuk memilih seorang Perdana Menteri yang berketurunan Melayu. Walaupun mungkin konvensyen ini disepakatkan bersama puluhan tahun lalu dan tidak lagi diadakan mesyuarat untuk sama ada memilih Melayu atau bukan Melayu, perkara ini telah menjadi tradisi. Perdana Menteri adalah berbangsa Melayu.

Contoh penggunanaan konvensyen boleh dilihat di dalam artikel peperangan. "Conventional weapon" di dalam artikel sebegini bermaksud senjata senjata yang telah dipersetujui ramai penggunaannya. Conventional weapon tidak termasuk biological weapon dan nuclear weapon atas dasar ramai yang tidak bersetuju dengan penggunaannya.

Satu lagi nak tegur tentang tatabahasa melayu. Benda ini kecil sahaja. Tetapi menyakitkan mata memandang. Eloklah diingatkan supaya kita berhati hati di dalam penulisan. Semua ini boleh diperolehi melalui latihan.

Ramai di antara kita menulis "di dalam" sebagai "didalam". Semua benda yang ada "di" didekatkan.

Tatabahasa yang betul untuk masalah di atas ialah "di dalam". Kalau perkataan itu kata kerja, barulah "di" dirapatkan. Kalau ia bukan kata kerja, "di" hendaklah dijauhkan.

Contoh "di" dalam kata kerja: dimakan, diselubungi, dimamah

Contoh "di" dalam kata nama: di dalam, di antara, di sebelah, di pihak

Sekian sahaja. Jadikanlah penulisan saya ini sebagai teguran membina. Gaya penulisan dan penggunaan tatabahasa yang betul mencerminkan kepekaan kita terhadap bahasa. Cintailah bahasa kita.

Pada saya tidak salah kalau hendak menggunakan loghat dalam penulisan. Cuma pastikan masalah tatabahasa yang disebutkan di atas digunakan dengan betul. Terima kasih.

Nak Tegur,
Terengganu


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com