Syabas kepada saudara Tarmizi Mohd. Jam di atas sikap keberanian dan ikhlas yang diluahkan olehnya dalam artikel bertajuk PAS "JANGAN JADI SERUPA UMNO".
Saya berpandangan bahawa ahli2 Pas janganlah terperangkap dengan tipudaya iblis yang sentiasa berusaha mahu menyesatkan manusia sekalian dari jalan Allah yang lurus itu. Manusia bukan maksum. Ahli2 Pas termasuk ketua2nya sekali tidak boleh terlepas dari membuat apa2 kesilapan. Oleh itu, berlapang dadalah kamu semua wahai ahli2 Pas apabila ditegur jika kamu benar2 ikhlas terhadap perjuangan kamu.
Ada kesalahan2 yang patut ditegur secara senyap dan diam2 untuk menjaga air muka orang atau kumpulan yang ditegur itu. Dan ada pula teguran2 yang patut dilakukan secara terbuka agar ia dapat juga diambil iktibar oleh orang lain. Bagi saya, teguran terhadap tindak tanduk ahli2 Pas dan ketua2nya seharusnya dimasukkan dalam teguran kategori kedua kerana mereka telah berjanji kepada rakyat untuk mengamalkan ketelusan. Ini janji mereka sendiri dan ia merupakan satu sikap yang sepatutnya mendapat penghormatan yang tinggi. Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dulu pun mengamalkan sikap yang begini juga. Orang yang ikhlas tidak akan bimbang untuk bersikap telus.
Ketelusan bermaksud setiap langkah yang dilakukan oleh seorang pemimpin boleh adili oleh rakyat dengan cara terbuka. Kalau salah, mengaku salah dan perbertulkan diri. Tapi kalau betul, maka keluarkan kenyataan untuk mempertahankan diri. Dengan cara ini, rasa hormat dan kasih yang tulin dari rakyat kepada pemimpin pasti akan berlaku.
Saya tidak berniat untuk mengulas panjang kali ini. Insya-Allah akan saya susul kemudian dengan satu artikel yang lebih panjang untuk menyatakan pendirian dan pandangan saya dalam isu "tegur-menegur" dan amalan ketelusan ini kerana saya bimbang jika sikap ini tidak diamalkan dan dihayati dengan baik, maka bibit2 barah takbur, sombong, dan angkuh akan mula mengambil tempat dalam dada2 pemimpin Pas yang rakyat meletakkan harapan dan kepercayaan yang tinggi ke atas mereka. Jika barah ini dibiarkan membesar dan tidak dibendung dari awal, saya percaya segala harapan rakyat yang sangat2 menginginkan keadilan untuk dilaksanakan dan dipraktikkan dalam ertikatanya yang sebenar tidak akan tercapai. Penyudahnya, Islam juga yang akan masih mendapat nama dan imej buruk.
Sebagai mengakhiri catatan saya yang ringkas ini, saya ingin berpesan kepada ahli2 Pas supaya anda semua melakukan muhasabah terhadap diri anda dengan ikhlas. Jangan tertipu dengan khayalan dunia. Demi perjuangan untuk menegakkan kalimah suci Allah dan memakmurkan negara sekaligus, sedarlah bahawa masih terdapat terlalu banyak lagi perkara yang harus diperbetulkan dalam diri kita masing2 selaku manusia yang tidak sempurna. Jika kita ikhlas, kita harus tahu bagaimana untuk membentuk sikap dan peribadi diri kita andainya kita mahu memainkan peranan untuk menjadi "pembantu2" Allah.
Adalah lebih afdal bagi kita semua untuk menghayati sikap zuhud dan tawadhuk. Tidak ada ruginya bersikap begini, kecuali kalau terdapat agenda lain dalam hati kita! Tepuk dada tanyalah selera masing2. Jangan kita terlupa bahawa Allah mengetahui apa yang ada di dalam dada kita masing2.
Sal
-Tok Misai-