Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


TV7 jangan siarkan iklan semasa rancangan agama Islam

Forward dari FGR

Mamat Rimau
TV7 jangan siarkan iklan semasa rancangan agama Islam

Pada hari Maulidur Rasul 15 Jun ini pada jam 4.00 petang tadi, TV7 telah menyiarkan rancangan perbincangan agama Islam bertajuk Nabi Muhammad s.a.w. Ikutan Sepanjang Zaman.

Sebaik saja ahli panel pertama habis berhujah tentang ikutan kepada Nabi sesuatu yang istimewa kerana berkaitan dengan aqidah, TV7 telah hentikan rancangan buat sementara untuk laluan iklan, iklan cebisan lagu Raihan dan iklan ‘Who Wants To Be A Millionnaire”. Aku pun tutup TV. Aku kira (dalam keinsafan yang baru aku nikmati ini)mengadakan iklan-iklan ditengah-tengah rancangan perbincangan agama Islam suatu perbuatan biadap dan menghina Islam.

Amalan TV7 menyiarkan iklan-iklan dalam rancangan agama Islam bukan bermotif komersial. Ianya mengikut arahan pihak UMNO. Tujuannya supaya iklan-iklan tersebut akan melalaikan penuntun dari perbincangan agama Islam yang disiarkan itu. Lebih elok kalau iklan-iklan sedikit sebanyak ada unsur kemungkaran seperti seks supaya penuntun tidak akan dapat sebarang pahala dan rahmat Allah dalam mengikuti rancangan agama tersebut. Ini strateji UMNO supaya penonton tidak akan dapat hidayah dan taufik dari menonton programme agama di TV.

Aku bukan bercakap ikut sedap mulut. Ingat lagi atau tidak tentang kekalahan UMNO pada tahun 1997 di Arau di tangan Ustaz Yasin dari PAS? UMNO seterusnya mengadakan beberapa post mortem. Beberapa rumusan dan cadangan berkisar kepada pentingnya bagi UMNO untuk menyekat arus kebangkitan Islam. kebangkitan Islam itu boleh membunuh UMNO.

Antara resolusi post mortem UMNO itu adalah cadangan supaya rancangan forum agama Islam di TV diteruskan tapi dicemarkan dengan iklan-iklan. Apabila rancangan agama itu tercemar oleh sulaman iklan-iklan maka penonton-penonton di studio atau pun di rumah tidak akan dapat manfaat dari segi taufik dan hidayah. Iklan-iklan tersebut juga akan melalaikan penonton dan mempastikan penonton tidak dapat pahala dari rancangan-rancangan agama Islam di TV.

Ikhlas Dari Yang Baru Insaf

Mamat Rimau

Komen Tukang Forward:
Betul. Ada ke dalam bincang Islam tiba2 muncul iklan joget2, iklan yang menonjolkan pergaulan bebas lelaki perempuan, iklan cerita Hindustan dengan cebisan tarian-tarian yang menayang paha penari-penari wanita Hindustan yang puteh melepak, lepas tu sambung bincang mengenai Islam. Ini semua boleh beri gambaran salah bahawa Islam setuju dengan perkara-perkara yang jelek dan yang keji.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com