Oleh Zubir Ngah
Teluk Lipat, Dungun Trg.
Kemajuan dalam bidang eletronik, computing dan programming yang
menjadi teras kepada pembangunan dan perkembangan dalam teknologi
maklumat seperti internet bermula di awal abad ke-20. Perkembangan
secara besar besaran di pertengahan kurun ke 20 di dalam bidang
teknologi circuitry telah menggantikan komputer yang dulunya dibina
menggunakan tiub vakum yang memerlukan ruang yang luas dan penyejuk
haba berkuasa tinggi dengan komputer yang lebih kecil, lebih laju
dan dengan harga yang lebih rendah dan mampu dimiliki.
Komputer yang dulunya hanya mampu dimiliki dan digunakan oleh
researcher, badan badan kerajaan dan swasta di Amerika Syarikat, kini
telah menjadi kemestian untuk memilikinya di rumah rumah oleh orang
awam di setiap pelusuk dunia dalam bentuk yang dikenali sebagai PC
(personal komputer). Perkembangan komputer yang disusuli dengan
perkembangan jaringan internet menjadi telah teras utama kepada
perkembangan teknologi maklumat.
Kewujudan MSC (Multimedia Super Corridor) menampakkan usaha
negara kita yang tidak mahu ketinggalan jauh di dalam perlumbaan
teknologi maklumat ini. Tujuan MSC adalah untuk menarik masyarakat
Malaysia mengambil bahagain sama ada secara langsung ataupun tidak
langsung untuk menguasai teknologi yang sedang berkembang pesat ini.
Selain itu, MSC juga bertujuan membantu ekonomi kita berpindah
daripada yang berasaskan budaya pengeluaran kepada ekonomi yang
bertemakan teknologi maklumat. Sekarang telah wujud idea k-ekonomi,
e-business dan lain lain lagi yang berasaskan teknologi maklumat.
Pembangunan yang pesat, cepat lagi mendadak yang berlaku pada
teknologi maklumat dan juga langkah kerajaan untuk menjadikan dan
menyediakan negara sebagai pusat maklumat menarik kita kepada
persoalan yang amat perlu dan penting iaitu "Adakah masyarakat Islam
terutamanya masyarakat Islam di Malaysia, bersedia menerima
kemodenan, kemajuan, kecanggihan, keasyikan serta kelemahan yang
dibawa oleh era yang paling tepat digambarkan sebagai ledakan
teknologi maklumat?"
Persoalan di atas menarik perhatian kita sejenak kepada sikap
yang perlu ditanam dan disemai dalam diri setiap muslim untuk
menempuhi era ini. Apakah sikap yang perlu dipupuk untuk membolehkan
umat Islam maju dan tidak ketinggalan? Apakah sikap yang akan
mengembalikan keagungan Islam seperti kehebatan Islam di zaman
lampau? Apakah rasionalnya jika umat Islam menolak kemajuan yang
dibawa oleh teknologi maklumat? Jika umat Islam menerima kemajuan
yang dibawa, apakah kelebihan dan apakah kekurangan atau keburukan
yang dibawa bersama ledakan maklumat tersebut? Jika kebaikan, apakah
bentuknya dan bagaimanakah manfaatnya? Jika keburukan, apakah
kesannya dan bagaimanakah cara mengatasinya?
Kenyataannya, tidak dapat tidak, kita mesti bergerak bersama
arus kemajuan yang dibawa oleh teknologi maklumat. Dengan kata lain,
kita tidak boleh ketinggalan dan pastinya tidak mahu terpinggir atau
tertinggal di belakang. Kalau dulunya kita pernah dan masih melihat
umat Islam dijajah dengan kecanggihan, kepantasan dan kekuatan media
eletronik oleh musuh Islam terutamanya negara barat yang begitu
menggunakan media eletronik dengan optimum sebagai penyebar
propaganda, penarik simpati, dan penutup kepada segala aktiviti jahat
yang mereka lakukan ke atas umat Islam di Palestin, Bosnia, Kosovo
dan Chechnya. Umat Islam juga digambarkan sebagai 'fundamentalist',
'extremist' dan lain lain label lagi. Negara umat Islam dilaga
lagakan supaya timbul pergeseran dan perselisihan yang akhirnya
membawa kepada peperangan. Kesannya umat Islam menjadi keliru,
terpedaya, dan dalam perpecahan dan kerugian.
Pastinya nanti, kita tidak sanggup pula melihat dunia umat Islam
dijajah untuk kesekian kalinya dengan kecanggihan peralatan dan media
jajahan abad ke-21 iaitu penjajahan dalam bentuk ledakan maklumat
yang lebih mengelirukan lagi mengasyikkan yang pastinya akan
meninggalkan kesan yang lebih buruk lagi mendalam terhadap budaya dan
pemikiran umat Islam.
Sebagai langkah persediaan untuk melengkapkan umat Islam
dengan senjata yang berkesan untuk menempuhi era ini, umat Islam
seharusnya menanam sikap yang positif dengan tidak menganggap
kemajuan dan perkembangan teknologi maklumat dengan wujudnya jaringan
internet dan projek mega MSC sebagai musuh atau penghalang kepada
perkembangan dan kemajuan Islam. Malah kecanggihan teknologi
maklumat perlu dimahiri dan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memajukan
Islam dan umatnya.
Sikap yang positif akan mendorong umat Islam supaya mempunyai
semangat dan memiliki azam untuk memajukan diri dalam menguasai dan
memahiri media teknologi terkini seperti homepaging dan networking.
Homepage atau laman sememangnya menjadi tarikan dan minat orang ramai
terutamanya di kalangan pelajar pelajar dan generasi muda. Kegunaan
homepage sebagai alat sebaran maklumat dan media pengiklanan
menjadikannya suatu yang penting dan harus dimahiri. Berita semasa
dan terkini tidak perlu lagi dibaca dari akhbar cetakan kerana
syarikat akhbar tempatan telah pun memanfaatkan kelebihan internet
dan homepaging dengan mengadakan berita online atau berita menerusi
internet. Selain itu, kemajuan dalam programming language seperti
java, perl dan C menghiaskan lagi mutu homepage dengan membolehkan
pengguna memaparkan imej animasi yang terbukti banyak membantu media
pengiklanan terkini berbanding dengan akhbar cetakan yang keseluruhan
pengiklanan yang dipaparkan adalah statik dan tidak bergerak.
Oleh itu, demi kemajuan Islam dan umatnya, umat Islam perlu tahu
menggunakan kemudahan teknologi maklumat dengan cara yang optimum
dalam meningkatkan mutu kehidupan, menyebarkan maklumat, mengongsi
idea dan memberi pendapat. Homepage dan email boleh digunakan
sebagai alat perantaraan untuk berbincang dan menjelaskan segala
perkara yang mengelirukan terutama isu yang berkaitan dengan agama,
pegangan dan amalan. Homepage dan email juga boleh digunakan sebagai
media dakwah dengan menceritakan keindahan dan kebagusan Islam kepada
masyarakat Islam sendiri khususnya, dan masyakarat bukan Islam amnya.
Semua itu akan tercapai sekirannya umat Islam menanam sikap untuk
mengambil tahu sesuatu yang baru dengan bersedia mempelajari,
memahiri dan seterusnya menggunakan kepandaian dan kemahiran yang
diperolehi sebaik mungkin.
Selain itu, untuk lebih menguasai teknologi maklumat, umat Islam
perlu mempelajari komponen komponen dan asas asas teknologi maklumat
seperti computing dan programming. Programming merupakan teras
kepada computing dan internet. Setiap software (perisian) yang kita
guna dalam komputer mahupun untuk kegunaan internet adalah dihasilkan
daripada beberapa gabungan program. Program yang kecil digabungkan
menjadi program yang besar yang seterusnya berfungsi sebagai
software. Tugas kita sebagai umat Islam ialah mempelajari
programming supaya dunia Islam dipenuhi dengan software, program dan
komputer game yang bercorak keislaman.
Kelebihan internet yang menjimatkan masa dan cepat perlu digunakan
sepenuhnya secara yang optimum. Sebagai contoh, email yang mengambil
masa hanya beberapa saat sahaja untuk sampai kepada penerima
seharusnya menjadi pilihan utama menggantikan surat biasa yang
selalunya mengambil masa tiga hari atau lebih untuk sampai kepada
penerima. Malah email boleh dihantar kepada sekumpulan penerima yang
mempunyai minat yang sama. Email juga sesuai dijadikan perantaraan
untuk bertanya khabar, mengutus berita, beramah mesra, merapatkan
hubungan, ingat mengingat, dan nasihat menasihati.
Internet merupakan alternatif yang paling bagus kepada media
cetak kerana tidak memerlukan lebih masa untuk disebarkan, ruangan
yang tidak terhad, dan tidak memerlukan kos yang lebih. Jauh lebih
baik kalau hendak dibandingkan dengan media cetak. Selain dari kos
yang tinggi, ruangan media cetak selalunya terhad dan artikel yang
dipaparkan terlalu dikawal oleh pihak tertentu yang mempunyai
kepentingan tersendiri seperti kepentingan politik. Selain dari itu,
penggunaan internet dengan cara yang baik dan berkesan secara tidak
langsung akan memperkayakan masyarakat Islam dengan tersebarnya
maklumat dan ilmu pengetahuan.
Paling bagus lagi ialah internet membolehkan semua golongan
melibatkan diri dengan mengadakan site atau webpage sendiri dalam
menyampaikan maklumat dan memberi pendapat. Sekarang ini, terdapat
banyak web provider yang menyediakan site yang percuma untuk semua
golongan mendapatkannya. Site tersebut memiliki ruang yang cukup
kepada pengguna untuk memiliki homepage sendiri yang seterusnya boleh
digunakan untuk kegunaan sendiri seperti memperkenalkan diri mahupun
untuk faedah umum seperti memperkenalkan negara ke mata dunia dengan
menceritakan keramahan penduduk Malaysia, kedamaian penduduk
berbilang bangsa, keenakkan juadah traditional dan keindahan alam
sekitarnya.
Kemajuan dalam teknologi terutamanya teknologi maklumat
menjadikan dunia semakin global. Kalau dulunya berita dari timur
mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke barat, kini segala jenis
maklumat dan berita hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk
sampai seolah olah dunia tiada mempunyai sempadan dan batasan.
Seolah olah jarak tidak menjadi pengahalang kepada masa yang
diperlukan dalam penghantaran maklumat. Negara yang dulunya tiada
dikenali, kini dengan sekelip mata sahaja boleh dikenali dan dilawati
dengan menaip nama negara tersebut ke dalam "search engine" dengan
menggunakan browser. Search engine merupakan program yang membantu
pengguna mencari maklumat tentang sesuatu perkara yang diminati atau
sesuatu yang ingin diketahui. Itulah era ledakan teknologi maklumat
yang membolehkan masyarakat dari seluruh dunia berinteraksi dan
menimba sesuatu yang baru dengan cepat, jimat dan tidak memerlukan
belanja yang lebih.
Tidak dapat dinafikan, setiap perkara selalunya mempunyai kelebihan
dan kekurangan tersendiri. Kebebasan yang wujud dalam internet
mendedahkan kita kepada keburukan. Antara kelemahan yang nyata dalam
penggunaan internet ialah kesenangan bagi pihak yang tidak
bertanggungjawab untuk cuba memperngaruhi masyarakat Islam dengan
suatu yang tidak elok dan merosakkan nama Islam. Pihak yang anti
kepada Islam menggunakan internet dan homepage sebagai saluran untuk
mengelirukan umat Islam khususnya dan masyarakat dunia amnya. Mereka
menyediakan homepage yang mengutuk hukuman hudud yang dianggap
sebagai ketinggalan zaman dan kejam, dan homepage yang mempertikaikan
ajaran ajaran dan amalan yang dipraktikkan dalam Islam. Ada juga
homepage yang diwujudkan semata mata untuk menyeleweng akidah umat
Islam dengan memaparkan artikel yang begitu mengelirukan dan
menyimpang.
Selain dari kesenangan untuk menabur fitnah, sesuatu yang
buruk yang dipaparkan dalam internet sukar dikawal dan senang
tersebar. Masyarakat umum terutamanya golongan muda terdedah kepada
artikel dan material yang tidak elok seperti bahan bahan lucah.
Amerika Syarikat yang dikenali sebagai pelopor dalam teknologi
maklumat sendiri tidak dapat mengawal perkembangan pantas dalam
teknologi yang berunsurkan budaya kuning. Presiden Amerika Syarikat,
Bill Clinton telah cuba meluluskan rang undang undang pada tahun 1997
yang bertujuan mengawal dan mengurangkan site dan homepage yang
bertemakan budaya kuning tetapi menemui kegagalan apabila menerima
tentangan dari pihak yang mempunyai kepentingan dalam aktiviti
sedemikian. Apa yang berjaya dilakukan ialah menghadkan kemasukkan
ke tempat sedemikian kepada golongan yang berusia lapan belas tahun
ke atas sahaja. Walaubagaimanapun, undang undang tersebut amat susah
untuk dipraktikkan kerana tiada cara yang boleh dianggap betul betul
berkesan untuk memeriksa usia pengguna internet. Sebaliknya, adalah
amat mustahil untuk memeriksa usia pengguna.
Berasaskan maklumat di atas, jelas kepada kita bahawa kadar
kebaikan atau keburukan yang diperolehi dari kemajuan teknologi
maklumat bergantung kepada peranan kita sebagai pelajar, peranan
ibubapa, peranan ulama, peranan guru dan peranan masyarakat amnya.
Peranan pelajar adalah mempelajari teknologi yang ada dan
menggunakannya ke arah kebaikan.
Di zaman yang serba maju dan serba moden, sesuatu perkara yang
dilakukan amatlah bergantung kepada diri dan keimanan yang dimiliki.
Bagi perkara yang baik, ada tempat khusus yang menyediakan maklumat
untuk dicari dan diperolehi. Bagi perkara yang tidak sihat pun, ada
tempat tertentu untuk dicari dan diperolehi. Berbeza dengan zaman
dahulu, perkara yang tidak diingini dapat disekat dengan mengenakan
undang undang yang ketat untuk mengelakkan daripada memasuki negara.
Tetapi kini, kemajuan teknologi dan penggunaan internet menjadikan
sesebuah negara tidak mempunyai sempadan. Perkara yang tidak elok
dengan senang memasuki negara untuk mempengaruhi umat Islam.
Di sini, peranan ibubapa dan guru menjadi penting dan semakin perlu
dalam mendidik anak anak supaya mereka tahu membezakan yang baik dari
yang buruk. Ibubapa dan guru perlu memberikan ilmu yang cukup kepada
pelajar dan anak anak untuk menilai mana yang baik dan mana yang
buruk supaya mereka mampu membuat keputusan sendiri dengan tepat
berdasarkan ilmu yang mereka perolehi. Paling penting sekali ialah
anak anak perlu diberi didikan agama sejak dari kecil supaya sebati
dengan jiwa mereka dan supaya ilmu agama tersebut menjadi tunjang dan
rujukan kepada setiap keputusan yang ingin dibuat. Keputusan untuk
meninggalkan kejahatan dibuat kerana mereka tahu perkara sedemikian
adalah tidak sihat, dan bukanya mereka meninggalkan kejahatan kerana
semata mata larangan dari ibubapa dan guru yang mengatakan semua itu
tidak sihat tanpa menjelaskan kenapa dan mengapa. Hal sedemikian
amat penting dan perlu kerana ibubapa tidak lagi mampu untuk menjaga
dan mengawal anak anak sebagaimana ibubapa suatu waktu dahulu menjaga
dan mengawal anak anak mereka dari perkara yang tidak elok.
Ulama dan guru guru agama tidak harus ketinggalan dalam
memainkan peranan mereka dengan selalu mengingati dan menasihati
orang awam tentang dosa dan pahala. Mereka selalu harus berpesan ke
arah kebaikan dan juga berpesan ke arah meninggalkan kejahatan dan
kemungkaran. Kerajaan juga dapat menyumbang ke arah tersebut dengan
meluluskan undang undang yang ketat dan hukuman yang berat kepada
mereka yang terlibat dengan anasir yang tidak sihat. Ini semua
penting supaya umat Islam di negara kita khususnya dan masyarakat
Malaysia keseluruhannya dapat mengambil manfaat dari kemajuan
teknologi maklumat yang ada. Teknologi yang ada juga diharapkan agar
dapat digunakan ke arah membangunkan umat Islam di Malaysia
khususnya, dan masyarakat Islam di dunia amnya.
Rujukan:
1. Problem Solving Using Computers, 1997
2. http://web.mit.edu/nguyent/www/msc.html
3. http://www.mdc.com.my/msc/index.html