Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


3 Abdul & JIM perosak Reformasi!!!!!

Assalamualaikum,

Saya telah membaca Buku tiga Abdul hasil nukilan Sayuti Omar dan Artikel yang telah ditulis bertajuk "JIM merosakkan Reformasi dan Keadilan"..

Pada pendapat saya, segala tuduhan yang dikemukakan oleh kedua-dua penulis itu tidak disertakan dengan sebarang bukti samada kukuh atau daif, tetapi hanya sekadar andaian dan kesimpulan sendiri semata-mata. Setiap kesimpulan dan andaian yang dibuat adalah mengandungi unsur-unsur niat jahat bagi memecah belah pihak PAS sendiri dan Keadilan..

Jika kita lihat dan perhatikan bahawa 3 Abdul yang menjadi sasaran sayuti Omar adalah merupakan tulang belakang dan merupakan perancang kepada kejayaaan PAS di negeri kelantan...dan mengekalkan kemenang PAS dikelantan.

Tuan Guru sendiri telah memberikan maklumbalas mengenai hal ini pada satu ketika dulu... selepas menghadiri ijtima' Anak-anak darul Naim pada tahun lepas. Sebagai seseorang yang boleh berfikir dan membuat pertimbangan dengan bijak kita tidak boleh mudah terpengaruh dengan sesuatu khabar atau tuduhan tanpa disusuli dengan bukti yang kukuh...

Cuba kita kaji dan fikirkan siapakah Mohd Sayuti Omar ini sendiri??? Bagaimanakah peribadinya??? siapakah dia??? apa tujuan dia??? adakah cara dia untuk membetulkan keadaan ini adalah betul-betul ikhlas ataupun mempunyai niat yang tersembunyi ataupun ada tangan ghaib disebaliknya yang mempunyai agenda yang tersembunyi...

Mengenai JIM yang dituduh memecah belahkan keadilan dan merosakkan reformasi...........Jika kita lihat JIM dan Abim adalah merupakan tulang belakang dan pengerak utama kepada Keadilan dan mereka mempunyai kekuatan mereka sendiri yang boleh mengugat umno.... Apakah bukti bukti kukuh yang ada???? adakah dengan hanya menuduh dan tanpa mengemukan bukti yan kukuh???? Adakah kita hendak mempercayai sesuatu berita tanpa kita menyelidiki siapakah pembawa berita tersebut dan apakah motifnya semua tuduhan ini dibuat???

Jangan kita lupa selain Mathadir , terdapat pelbagai pihak lain ( illuminati/ yahudi ) yang hendak memburukkan kepimpinan islam di bumi Malaysia ini Marilah kita fikirkan bersama....

Hackers Muda Bukan Hackers yang hack laman reformasi
wbm7433@yahoo.com


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com