Malaysia bangga dengan bangunan tertinggi di dunia Petronas Twin Towers, Koridor Raya Multimedia (MSC yang tiada di tempat lain kecuali di AS), Litar F1 Sepang, Penerjunan di Kutub Utara, Lapangan Terbang KLIA (yang terbaik di Asia Tenggara) dan slogan ‘Malaysia Boleh’nya. Tetapi tahukah anda kita sebenarnya menipu diri kita sendiri di mata dunia dalam kenteks membangunkan negara ini. Ini jelas disuarakan oleh YAB Datuk Sri Dr. Mahathir di persidangan OIC dan lain-lain ucapannya yang mengatakan kita belum bersedia untuk menerima pasaran terbuka seperti AFTA yang akan dilaksanakan paling lewat pada tahun 2005.
Kalau kita telah mencapai kebolehan yang bertaraf dunia, mengapa kita masih menyuarakan bahaya dan rasa takut dengan AFTA. Percayalah, suara kebimbangan Dr. Mahathir ini sebenarnya mempunyai kepentingan peribadi dengan bertopengkan AFTA. Sebenarnya Dr. Mahathir mempunyai kepentingan dalam banyak perniagaan di Malaysia. Dia mencipta perniagaan, kemudian menggubal undang-undang supaya rakyat boleh di paksa untuk membeli barangan keluarannya. Hal ini jelas berlaku pada projek kereta nasional Proton. Apakah relevannya kita mengeluarkan kereta sendiri jika kereta import jauh lebih murah dan setelah lebih 15 tahun dengan projek Proton ini masih tidak mampu menghadapi persaingan di pasaran terbuka. Tahukah anda harga Mercedes Benz C200 hanya sekitar RM90,000 sahaja di pasaran antarabangsa. Mengapa kita perlu membayar sehingga RM300,000 untuk mendapatkan kereta ini. Tidakkah ini membebankan rakyat.
Kita rakyat Malaysia diseru agar menggunakan kelebihan-kelebihan ekonomi asas yang ada seperti ramai tenaga buruh, harga upah murah, tanah pertanian yang luas dan sebagainya supaya kita dapat bersaing di persada antarabangsa. Mengapakah Singapura yang jauh lebih maju dalam sektor teknologi tidak mengeluarkan keretanya sendiri. Persaingan berlaku bukan kerana mengejar nama tetapi kualiti dan ekonomi.
Penulis sebagai salah seorang yang amat terkilan dalam hal ini pasti akan mendapatkan kereta yang lebih sesuai, lebih baik, selesa, dan berciri keselamatan tinggi setelah AFTA dilaksanakan. Bertemu kita di tahun 2005.
Tunggu komen Pengarah-Pengarah Urusan Oriental Hldgs, C&C Bintang, UMW Hldgs, Tractor (M) Bhd, Tan Chong Motor Bhd dsb.
From ; nasidagang@hotmail.com