Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Fakta Kes Rasuah Tan Sri Ali Abu Hassan

PENAFIAN MAHATHIR SATU PEMBOHONGAN-FAKTA KES RASUAH TAN SRI ALI ABU HASSAN SULAIMAN

Tahniah diucapkan kepada Ahli Parlimen Kemaman Y.B. Abdul Rahman Yusof diatas keprihatinan beliau membawa isu rasuah yang didedahkan oleh Dato' Shafie Yahya di mahkamah didalam perbicaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan hujah yang cukup bernas dan tepat.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada beberapa Ahli Parlimen lain termasuk Y.B. Husam Musa (Kubang Kerian), Y.B. Mat Sabu (Kuala Kedah), Y.B. Mahfuz Omar (Pokok Sena), Y.B. Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Y.B. Effendi (Jeli), Y.B. Dr. Syed Azman (Kuala Terengganu), Y.B. Drs. Abu Bakar Othman (Jerlun), Y.B. Tan Seng Giaw (Kepong), Y.B. Kerk Kim Hock (Kota Melaka), dan 'Maestro' Barisan Alternatif Y.B. Ustaz Fadhil Noor (Pendang) diatas kejayaan mereka menyerang dan menangkis hujah-hujah Barisan Nasional yang cuba memburok-burokkan Barisan Alternatif didalam pelbagai isu. We are very proud of you all. More parlimentarian like you all should be in the parliment. Hujah-hujah dari kamu telah menyebabkan Barisan Nasional hilang arah dan mati kutu.

Walau bagaimanpun saya ingin membetulkan jawapan yang diberikan oleh Y.B. Douglas Umbas, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa Dr. Mahathir tidak pernah mengarahkan Dato' Shafie Yahya atau mana-mana pegawai BPR menutup kes rasuah. Jawapan yang diberikan itu adalah satu jawapan standard dan tidak bertanggongjawab pihak Barisan Nasional yang memang mengidap penyakit 'nafi sindrom'.

Sebenarnya Dato' Shafie Yahya dipanggil ke pejabat Perdana Menteri dua kali berhubong dengan kes rasuah Ali Abu Hassan Sulaiman ini. Pertama kalinya beliau dimarahi dan diarah supaya menghentikan penyiasatan terhadap kes ini dan disoal samaada Dato' Seri Anwar Ibrahim ada terlibat sekali menyuruh beliau menyiasat kes ini. Kali keduanya beliau diminta supaya menyerahkan fail dan kes ini kepada Perdana Menteri sendiri untuk menyelesaikan.

Mengapa Perdana Menteri mahu menyelesaikan kes ini sendiri? Sebenarnya kes ini melibatkan syarikat anak Perdana Menteri sendiri Mokhzani Mahathir!!!!!! Tan Sri Ali Abu Hassan menerima duit dari sebuah konsortium syarikat insuran untuk meluluskan cadangan sebuah skim insuran kesihatan bernama National Health Insurance Scheme dimana Mokhzani menjadi Pengerusinya. Duit ini diberi melalui seorang bernama Rashid [Rashid Manaf (kroni Daim) agaknya].

Bagaimana Dr. Mahathir menyelesaikan kes ini? Duit RM100,000 (Seratus Ribu Ringgit) diberi balik kepada Tan Sri Ali Abu Hassan serta dinaikkan pangkatnya sebagai Gabenor Bank Negara. Dato' Shafie Yahya ditamatkan perkhidmatanya sebagai Pengarah BPR dan fail siasatan dimusnahkan.

Inilah manusia yang tidak pernah mengarahkan atau campurtangan dalam urusan Badan Pencegah Rasuah. Dan inilah Perdana Menteri Malaysia!!!! Wira Negara Ketiga!!!!!Presiden UMNO!!!!!dan Pengerusi Barisan Nasional!!!!

Al-Haq.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com