Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja telah didakwa di bawah Seksyen 337B Kanun Keseksaan kerana kononnya mereka telah meliwat Azizan Abu Bakar antara bulan Januari hingga Mac 1993, di Tivolli Villa Bangsar antara jam 7.30 malam hingga 8.30 malam.
APA YANG BERLAKU DALAM MAHKAMAH SEBELUM INI ?
1) Azizan menyatakan bahawa dia tidak pernah di liwat selepas tahun 1992.
2) Azizan menyatakan bahawa dia kena liwat atas tilam dan katil.
3) Azizan menyatakan bahawa dia diliwat pada hari kerja dan tidak pernah kena liwat dalam bulan Ramadhan.
4) Azizan menyatakan bahawa dia di liwat dalam bilik yang ada penghawa dingin (air condition).
5) Tuduhan telah di pinda beberapa kali, mula-mula Anwar di tuduh dalam tahun 1994, selepas doktor yang memeriksa Sukma mengesahkan tiada kesan koyak pada dubur Sukma yang dikatakan Azizan telah dilewat oleh Dato’ Seri Anwar secara bergilir-gilir dengannya dan kesan ini hanya akan hilang selepas 6 tahun, maka tuduhan di pinda ke tahun 1992. Tetapi setelah peguam Anwar menyatakan tuduhan ini tidak berasas kerana pada tahun 1992, Tivolli Villa belum siap di bina. Dengan tanpa rasa bersalah Pendakwaraya sekali lagi telah meminda tuduhan tersebut sehingga ke tuduhan sekarang iaitu pada tahun 1993.
ALIBI YANG DI KEMUKAKAN OLEH PEGUAM DATO’ SERI ANWAR YANG MEMBUKTIKAN ANWAR TIDAK BERADA DITEMPAT KEJADIAN.
1 Januari hingga 12 Februari 1993 - Liwat tidak berlaku kerana tilam dan katil hanya di beli dan sampai di Tivolli Villa pada 12 Februari 1993. Bukti pembelian dan nota penghantaran dan catatan pengawal keselamatan Tivolli Villa di kemukakan di mahkamah.
4 Februari hingga 17 Februari1993 - Anwar berada di London, Frankfurt dan Paris bersama Tun Daim dan Ali Abul Hasan kerana mempromosi IOFC Labuan. Passport Antarabangsa Anwar di kemuka di mahkamah.
18 Februari 1993 - Anwar diraikan dalam Jamuan Makan Malam oleh Menteri-menteri Luar Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) di Kuala Lumpur.
19 Februari 1993 - Anwar membawa isteri dan anak-anaknya menyaksikan pertunjukan Walt Disney’s on Ice di Kuala Lumpur.
20 Februari 1993 - Anwar berada di Permatang Pauh menghadiri Program Bersama Rakyat dan mempengerusikan Mesyuarat UMNO Bahagian. Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang mengesahkan kehadiran Anwar.
21 Februari hingga 23 Februari 1993 - Anwar berada di Bangkok menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan ASEAN. Duta Malaysia di Bangkok, Dato Zainal mengesahkan kehadiran Anwar. Sekali lagi Passport Antarabangsa Anwar di kemukakan kepada mahkamah.
23 Februari hingga 24 Mac 1993 - Anwar kembali ke tanahair. Tarikh ini merupakan hari permulaan puasa dalam tahun 1993 iaitu 1 Ramadhan.
25 Mac 1993 - Hari Raya Pertama. Anwar mengadakan rumah terbuka meraikan rakyat yang mengunjungi beliau di Kediaman Rasminya.
26 Mac 1993 hingga 27 Mac 1993 - Anwar berhari raya bersama keluarga dan rakyat di Pulau Pinang. 28 Mac 1993 - Anwar berhari raya bersama keluarga mertuanya di Kuala Lumpur.
29 Mac 1993 - Anwar menerima kunjungan rakan-rakan lamanya di MCKK di rumahnya.
30 Mac 1993 - Anwar menerima kunjungan rakan-rakan lamanya dari kalangan ABIM dan pergerakan Islam yang lain di rumahnya.
31 Mac 1993 - Anwar menghabiskan masa sehari suntuk menghadiri sambutan Majlis Hari Raya di rumah Menteri Kabinet dan Pegawai Tinggi Kerajaan.
Nota Penting : Kontraktor yang mengubah suai rumah Sukma Darmawan di Tivolli Villa memberitahu mahkamah bahawa penghawa dingin (air condition) hanya siap di pasang pada 2hb April 1993.
Keterangan-keterangan ini tidak pernah di pertikai dan tidak pernah di cabar pihak pendakwa yang di ketuai oleh Peguam Negara Tan Sri Mokhtar Abdullah.
Oleh yang demikian, tidak ada sebab kenapa Dato’ Seri Anwar Ibrahim boleh didapati bersalah dalam kes ini. Kita yakin Dato’ Seri Anwar akan di bebaskan dari tuduhan liwat ini dan sekaligus dibebaskan dari tuduhan pertama yang hanya akan wujud jika tuduhan liwat ini benar. Kepada Dato’ Seri Anwar,
Dipetik daripada Harakah Keluaran Terbaru