Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


ISA - UGUTAN ATAU TEKAN KEPADA RAKYAT

Salam Sejahtera Pembaca Budiman

Bertemu kita lagi melalui cyber raya.

Buat penduduk / rakyat Malaysia satu berita menarik yang dikeluarkan oleh pemimpin dan disusuli polis ialah AKTA ISA bagi merika yang menyatakan Peristiwa Sauk satu sendiwara.

Kenapa perlu menggunakan akta ISA dalam hal ini.Apa perlu rakyat di tahan atas AKTA ISA untuk proses turn over ???.

Nampak gaya pemimpin dan polis terpaksa mengugut atau memberi tekanan penuh pada rakyat agar menerima bulat-bulat keterangan merika.Seperti RAKYAT MALAYSIA tiada akal fikiran lagi.

Ciba kita fikirkan bersama akan beberapa perkara :

a) PM menyatakan keanggotaan ALMAUNAH dari ahli-ahli PAS.Tetapi KPN baru meminta senarai keahlian PAS dari Pertubuhan PAS.Jelas ucapan PM akan mempengaruhi laporan polis.

b) Letupan kilang arak menggunakan pelancar roket.Jika berlaku pasti kerosakan yang begitu teruk pada kilang itu.Dan berita ini tidak dapat di tutup kerana pekerja kilang pasti bercerita.

c)Laporan terhadap penyalahgunaan kuasa PM telah dibuat merata balai polis.Tetapi tiada komen dari pihak polis sendiri mahupun BPR. Bagaimana nak siasat jika PM masih berkuasa.Rakyat terus meragui kebesan POLIS dan BPR.Bagaimana polis dan BPR hendak menyiasat PM kerana kata-kata PM adalah arahan bagi merika.

d) Kenapa disiarkan dalam akhbar-akhbar perdana isu SAUK jika tidak mahu rakyat bercerita.Tentu pembaca akan bercerita di kedai-kedai untuk memahami kandungan akhbar yang banyak bertelagah kandungan sesama sendiri.

e)Bila kerajaan bercadang untuk hapuskan perkataan ISLAM pada pertubuhan-pertubuhan.Jelas kalangan rakyat tidak bersetuju kerana ini akan membawa satu implikasi jangka panjang terhadap perkembangan Ugama Islam sendiri.

f) Rakyat pernah mendengar rompakan menggunakan senjata automatic seperti M-16 dan Styer.Tetapi kejadian di Sauk terlalu di prpagandakan hingga hilang fakta-fakta penting.Banyak percanggahan laporan dalam akhbar meskipun dalam satu keluaran yang sama yang di sampaikan olih pemimpin atau pemerintah keselamatan.

g)Jika dikatan sesat , tiada fatwa yang telah di keluarkan olih majlis fatwa kebangsaan. Hanya PM mennyatakan sesat.Tetapi banyak lagi pertubuhan yang telah di fatwakan masih bergerak bebas.

h)Terlalu banyak sekandal negara yang menjadi persoalan olih rakyat. Tetapi tiada tindakan yang menyakinkan sama sekali kepada rakyat.

i)Melemparkan tuduhan kepada PAS yang terlalu "over" tidak menyakinkan rakyat malah tindakan ini nampak seperti membalas dendam UMNO yang tewas dalam menang pada pilihan raya.

j)Isu penting negara sekarang ialah kenyataan Dato Shafie Yahya di mahkamah.Tetapi semua pemimpin UMNO tertutup mulut.

h) Rakyat telah membayangkan bahawa " G15 SAUK" akan membuat kenyataan seperti berlaku pada merika yang berkaitan dengan kes Anwar Ibrahim.

Cuba bayangkan apa sebenar keperluan rakyat kini wahai pemimpin. Adakan ugutan atau tekanan.Jangan biarkan empangan pecah baru nampak kesan bocor.

Anak Malaysia


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com