Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Kumpulan Abu Jahal !!

Saudara ku sekelian…..,

Kata orang putih " Birds of a feather flock together" Itulah hakikatnya yang berlaku sejak akhir-akhir ini kepada kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai pemimpin KeADILan yang terpaksa "meninggalkan" parti itu lantaran wujudnya penyelewengan dalam Parti Keadilan Nasional pimpinan YB.Datin Seri Wan Azizah.

Syabas, kepada kumpulan "Abu Jahal" ini kerana mempunyai pendirian yang tegas. Inilah yang diharap-harapkan oleh rakyat Malaysia. Semoga sikap tegas mereka akan berkelalan. Semoga kumpulan ini akan menjadi pemimpin Malaysia, pabila pemimpin-pemimpin yang ada sekarang sudah tiada lagi di dunia ini.

Oleh kerana mereka akan menjadi pemimpin bagi negara Malaysia selepas ini kita perlu berdamping rapat dengan mereka. Kita perlu mengenali mereka agar dapat kita pertahankan mereka nanti.

Berdasarkan pepatah Inggeris di atas, kita boleh dengan yakin mengatakan bahawa kumpulan ini mempunyai prinsip yang satu. Apa yang ada pada seorang dari mereka terdapat pada kesemua ahli kumpulan ini. Kalau tidak, tak mungkin mereka dapat "terbang' bersama.

Cuba kita lihat sifat-sifat positif yang terdapat dalam ahli kumpulan Abu Jahal ini:

a. Mohd. Yusuf bin Hj. Izahar (MYHI)
Seorang Engineer Elektrikal (kononnya?)
Sebelum merudum ekonomi Malaysia pendapatan beliau adalah sekitar RM2 juta setahun.
Kini dilaporkan pendapatannya tak sampai RM20,000.00 sebulan.
Hutang sekeliling pinggang.

Mula-mula bergiat dalam politik (UMNO) Bahagian Kulim-Bandar Baharu.
Salah seorang perancang untuk menjatuh YB Dato Abd. Kadir Sheikh Fadzir.
Gagal di situ, lari ke (UMNO) Bahagian Padang Serai.
Merancang pula untuk menjatuh pimpinan Bahagian Padang Serai.
Mencabar Ketua Pemuda Bahagian ketika itu, lalu "bermusuh" dengan Dato Abd. Aziz Sheikh Fadzir. Kemudian "bermusuh" pula dengan Dato Hishamuddin Tun Hussain kerana Dato Hishamuddin yang selama ini dijajanya sebagai sahabat karibnya, telah menyebelahi Dato Abd. Aziz dan Ketua Pemuda (UMNO) Bahagian Padang Serai Sdr. Abd. Halim Mohamad, menyebabkan engineer kita ini kalah. Lalu dihebohkan ke serata pelusuk kampung bahawa Dato Abd. Aziz telah "membeli" perwakilan pemuda . Baginya, kalau Dato Abd. Aziz dan Dato Hishamuddin tidak campur tangan dia pasti dapat mengalahkan Ketua Pemuda yang dicabarnya itu. Dia lupa dalam kegahairahannya mendapat sokongan dia juga telah membelanjakan jumlah wang yang besar.

Apabila Dato Seri Anwar dipecat dan kemudianya ditangkap. dia yang mengaku sahabat karib kepada Dato Seri Anwar serta keluarganya,. ke ulu ke hilir bersama Datin Seri Wan Azizah dan rombongan reformasi membuat "road show" Lalu sebagai orang kuat "reformasi" dengan tidak segan silu lagi dia menghentam, mencerca, menghina dan memaki P.. M...

Dia kemudian dengan secara terbuka mengishtiharkan keluar dari UMNO dan berhijrah ke Pulau Pinang. Di sana dia berupaya menyakin semua orang Keadilan lalu ditawarkan Jawatan Setiausaha Bahagian Bagan. Semasa menjadi Setiausaha Bahagian Bagan (Keadilan) entah mengapa dia selalu memperkecilkan Pengerusi Perhubungan Keadilan Pulau Pinang kepada rakan-rakan UMNO yang masih mahu "bergaul" dengannya. Kita kemudian dapat tahu kekecewaannya terhadap Dr. Mansor dan pimpinan Keadilan lainnya adalah oleh kerana dia tidak memperolehi yang diharapkan……….pendapatan lumayan. Dia kemudiannya berjinak-jinak dengan Keadilan Bahagian Padang Serai. Oleh kerana "semangatnya" untuk terus bersama bergerak dalam arus reformasi, Bahagian Padang Serai telah memilihnya sebagai Setiausaha Pemuda Bahagian. Dia kemudiannya di lantik sebagai NaibKetua Pemuda Bahagian di bawah ZR (Budak Hitam) "Kepala Batu…..Anunya batu" Oleh kerana mereka berdua mempunyai kelulusan yang serupa "engineer bertauliah - kononnya" tidak hairanlah perhubungan mereka begitu intim. Sayangnya kedua-dua mereka sama saja….tidak berupaya memimpin pemuda…….walaupun di peringkat Bahagian!!!!

Bagusnya kedua-duanya pandai bercakap, pandai bawa cerita yang sensasi….kalau bercerita begitu bersungguh-sungguh, seolah-olah mereka sebahagian dari isi ceritanya. Mereka berupaya meyakinkan "pendengar-pendengar" dengan mimik muka dan nada suara serta hilai ketawa. Kini mereka sedang menyebarkan cerita yang dahulunya mereka sanggah,bahawa "memang benar DSAI melakukan apa yang dihebahkan oleh P… M.." .

Satu lagi keistimewaan yang ada pada mereka berdua ini ialah kemampuan untuk mencerca dan menghina Perdana Menteri , habis-habisan…..tak kurang juga dengan kata-kata melampau yang ditujukan terhadap Dato Seri Abdullah JE dan pemimpin-pemimpin UMNO lainnya, semasa mereka di dalam Keadilan.

Perubahan sikap yang mendadak ini berpunca dari rasa kecewa mereka untuk "hidup mewah" pabila bersama keadilan, kerana rupa-rupanya mereka mengharapkan Barisan Alternatif akan menang dalam Pilihanraya 1999. Kalau BA menang "pengorbanan" mereka pasti tidak dilupai. Malangnya BA kalah.

Harapan mereka untuk "menjadi orang besar" turut berkubur. Dan yang menyedihkan lagi kocek mereka semakin kosong. Kedua-dua mereka kini penganggur . Lantaran itu mereka terpaksa menjual diri mereka dengan harga yang paling murah, lebih murah daripada ….. kelas bawahan. Pokoknya mereka dibayar…..dengan perantaraan "orang kuat" …Segambut ?…..Wilayah ?……… Dengan memasuki semula ke dalam UMNO MYHI dan sahabat karibnya ZR (meluat nak sebut nama penuh) mengharapkan tuah akan segera menyebelahi mereka, kerana salah seorang Menteri Kerajaan Malaysia adalah "abang angkat" MYHI yang sudah pasti tidak akan membiarkan "adik angkat dan rakannya" merana dengan hutang di sekeliling pinggang.

Khusus kepada ZR, anda boleh melupai perjuangan asal anda bersama gelombang reformasi Anda boleh lupa jasa rakan-rakan dalam perjuangan menegakkan keadilan. Anda boleh lupa segala sanjungan rakan-rakan pemuda Anda boleh lupa segala-galanya. Tetapi jangan sekali-kali anda lupa "pengorbanan" rakan-rakan, menyelamatkan nyawa ayahanda anda yang pada satu ketika hampir …………ingatlah bahawa lantaran beberapa pain darah yang telah didermakan rakan-rakan dalam keadilan serta dengan izin Allah, nyawa ayah anda terselamat, kerana pada ketika ayah anda, seorang ahli UMNO-S46-UMNO, diserang penyakit anih, tiada seorang pun rakan-rakan UMNO mahu membantunya…..

Saudara-saudara, begitulah gambaran sepintas lalu tentang Kumpulan Abu Jahal ini yang setiap seorang dari mereka mempunyai "kekuatan dan kelemahan" yang sama saja. Keburukan yang terdapat pada MYHI, terdapat juga pada ZR dan ZAC dan lain-lain anggota Kumpulan Abu Jahal ini, kami pasti………sama-sama pokai, sama-sama kemaruk wang…..lantas sama-sama sepakat untuk buat apa sahaja, asalkan kocek berisi kembali !!!!!

Kita bersedia untuk "mengalu-alukan" road show kumpulan Abu Jahal ini. Sila mulakan dengan Negeri Kedah. Dan tolong buat di tempat-tempat yang :"besar" contohnya stadium dan sebagainya, kerana kita berhajat benar untuk hadir sama. Tolong segerakan. Jangan lupa pakai topi keledar dan jaket tebal.

- Atok -


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com