Pada 16 Julai yang baru lalu 2 orang "tetamu yang tidak diundang" telah cuba untuk menghadiri program dalaman PAS Kawasan Ampang Jaya yang diadakan di Taman Maju Jaya, Cheras.
Program dalaman itu adalah Taklimat Pentadbiran anjuran bersama PAS Kawasan Ampang Jaya dan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.
"Tetamu-tetamu" tersebut yang dikenali oleh ahli-ahli yang hadir telah meninggalkan majlis apabila diarahkan tetapi telah menunggu di pintu pagar tempat program itu diadakan.
Urusetia program telah terpaksa menghantar seorang petugas untuk mengawasi "tetamu-tetamu" itu yang berada di pintu pagar tersebut sehingga selesai program hari itu. Mereka berkata mereka terpaksa menunggu di atas arahan "boss" mereka. Dan mereka ini sememangnya ditugaskan untuk "menjaga" ceramah-ceramah PAS di Ampang Jaya selama ini.
Kita sedia maklum bahawa program-program luaran seperti ceramah di tempat-tempat umum mesti mendapatkan permit terlebih-dahulu walau bagaimanapun program-program dalaman yang tertutup seperti taklimat dan mesyuarat adalah terhad untuk jemputan-jemputan khusus tidak memerlukan permit. Dengan itu apakah logiknya dihantar "tetamu-tetamu" secara-resmi untuk mengawasi program-program tersebut ?
Tetapi apa yang nyata kehadiran "tetamu-tetamu yang tidak diundang" itu telah sedikit-sebanyak menakut-nakutkan para jemputan untuk hadir di program hari itu. Dan kehadiran pada hari itu sememangnya menurun. Adakah ini satu strategi yang disegajakan ? Kalau benar maka arahannya dari siapa ? OCPD ? IGP ? PM ? Atau Ketua UMNO Bahagian sebab ianya lebih menguntungkan UMNO !
Terdapat yang berpendapat apabila berlaku "peningkatan pemantauan" atau "increased surveillance" seperti yang berlaku di Taman Maju Jaya baru-baru ini maka ini bermakna sesuatu yang "besar" akan berlaku. Ada yang berkata sebelum Operasi Kenari dan Operasi Lalang "incerased surveillance" telah berlaku sebelum penagkapan-penangkapan. Dengan itu sekiranya "increased surveillance" ini sedang berlaku di seluruh negara maka sesuatu yang "besar" akan menyusul.
Bakhtar Effendi
20 Julai 2000