Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Bantuan golongan miskin...

assalamualaikum....

Di sini saya ingin meluahkan tentang kekesalan saya mengenai bantuan kewangan orang miskin di kamping saya yang terletak didalam kawasan Dun Ladang.... Ramai dikalangan orang miskin dikampung saya telah dinafikan bantuan mereka dan daripada maklumat yang saya perolehi ianya berlaku diluar pengetahuan JSR dan YB sendiri.Apa yang merisaukan saya ialah kemungkinan apa yang berlaku ini telah di sabotajkan oleh pihak-pihak tertentu. Sehubungan dengan itu saya meminta pihak yang terbabit mengkaji semula pemutihan ini kerana ramai dikalangan penduduk kampung telah bersuara bahawa tindakan yang dibuat ini begitu zalim sehinggakan keluarga yang betul-betul miskin pun tidak mendapat bantuan. Saya merasa bimbang akan perkara ini demi untuk kebaikan kerajaan Terengganu dan saya bagi pihak penduduk kampung meminta agar perkara ini di kaji dan diselesaikan dengan secepat mungkin oleh pihak-pihak yang berkaitan.

Pas junior


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com