16 July 2000 Dalam berita tadi, nampaknya pihak jentera UMNO akan memulakan siri penerangan kepada seluruh ahlinya, sebagaimana yang telah dilakukan ketika mula-mula Datuk Sri Anwar ditahan dulu. Maka terpaksalah dengar apa yang diterangkan oleh penceramahan upahan itu nanti.
Apa yang saya ingin utarakan di sini ialah rasa 'simpati' saya pada kerajaan Mahathir yang risau kerana rakyat susah hendak percaya apa yang diperkatakan dalam berita arus perdana selama ini. Pada saya itulah akibatnya kalau suka sangat berbohong dan menyebarkan ajaran songsang kepada rakyat. Apa sahaja yang dikatakan oleh seorang 'pelawak' sekalipun si pelawak itu berkata yang betul, penonton akan ketawa dan akan menganggapnya sebagai lawak. Padan muka.
Kepada rakan-rakan seagama dalam UMNO khususnya yang pekak badak itu yang terutamanya tinggal di felda-felda, janganlah diizinkan lagi sipelawak ini menegakkan benang yang basah. Sehinggakan kamu tutupkan telinga dan akal yang diberi Tuhan untuk mendengar kebenaran. Akal anugerah Tuhan ini bukan untuk mereka fitnah, tetapi adalah untuk berfikir dan membuat pertimbangan waras. Saya takut nanti, anugerah Tuhan itu ditarik balik oleh-Nya, barulah sasau semuanya.
Saya nampak orang-orang kuat UMNO yang kamu dewa-dewakan itu sudah mula bercakap merapu-rapu dalam TV sekarang ini, sebagai petanda mereka sudah mula hilang pertimbangan sedikit demi sedikit agaknya. Ada yang mengatakan rakyat Malaysia sudah tidak mencintai kedamaian lagi. Salah tu….. Raykat Malaysia sayang negaranya sendiri, yang dibenci dan tidak sayang ialah si Mahathir dan kuncu-kuncunya yang Islamnya telah terjual. Islam yang hanya berasaskan baka dan adat sahaja, bukan Islam berasaskan pemahaman yang syumul. Kalau pun menunaikan solat hanyalah sekadar ikut-ikut orang sahaja. Itulah yang banyaknya dalam UMNO. Tahu tak wahai orang-orang kerajaan yang selalu menyebarkan ajaran 'sesat' dan 'songsang'.
Para ulamak dalam UMNO, saya mohon supaya janganlah diikutkan sangat kehendak si Mahathir yang hidup dan matinya hanyalah memikirkan bagaimana hendak mengekalkan kuasa dengan apa cara sekalipun. Benar apa yang saya katakan ini. Masalah keamanan dan kedamaian, difikirkan oleh tentera dan polis itu sendiri bukan kamu wahai al Mahathir!. Kamu bukan bijak, yang bijak ialah orang yang di sekeliling kamu, baik apa pun juga. Dari segi teks ucapan dan sebagainya.
Staregi untuk merancang episod rombakan senjata itupun, kamu belajar dari negara Cina dan luar bukan?. Kamu sendiri tidak sebijak itu untuk memikirkan strategi kerana kamu sudah nyanyok dan tua. Moga-moga cepatlah kamu….. Tak sanggup lagi saya melihat buruknya muka kamu. Lagipun dan bertahun kamu kata nak bersara bila lagi?. Kamu takut ya. Sepatutnya kamu takut kepada Tuhanmu kerana kamu akan dihisab nanti. Di penghujung usia seperti sekarang ini, sepatutnya kamu beribadat dan taubat nasuha dan sanggup menerima hukuman dunia untuk mengurangkan sedikit dosa kamu yang banyak itu. Bawak belajar sembahyang dan baca fatihah dengan betul lagi bagus. Macam Nik Aziz tak apa walaupun tua juga tapi berbeza dari kamu. Ada ilmu.
camtu zamni