Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


LAMAN PETUALANG NEGARA

Kepada semua pelayar internet,

Hari ini apabila membaca artikel didalam Laman Mahafiraun,kita dikejutkan dengan satu iklan laman baru yang dikenali sebagai Laman Petualang Negara(LPN).

Apabila kita membaca artikelnya ianya sah adalah satu laman propaganda UMNO. Kita tidaklah hendak melarang sesiapa untuk menulis,dan kita mengalu-alukan kelahiran laman ini. Tetapi apa yang malangnya kita lihat segala komen tidak bersandar kepada bukti yang sahih,seseolah memperlekehkan setiap pelayar internet yang boleh ditipu dengan alasan-alasan dangkal.Ketahuilah wahai saudara LPN kami pelayar internet bukannya seperti segelintir ahli UMNO yang tidak dapat membandingkan antara kebenaran dan kepalsuan. Kita menuduh kepincangan kerajaan berdasarkan bukti dan cadangan mengatasinya.Dan bukan hanya tuduhan palsu. Kita bukannya seperti segelintir ahli UMNO yang DULU KINI DAN SELAMANYA BANGANG.Kita juga ingin bertanya kepada saudara LPN kalau kami yang banyak menulis mengkritik parti kerajaan(UMNO/BN) yang memerintah boleh dilabelkan sebagai rakyat yang tidak mengenang budi dan sesat;Bagaimana pula mereka ahli UMNO yang sekarang ini kuat membangkang kerajaan PAS yang memerintah Kelantan dan Terengganu.Adakah mereka ini tidak mengenang budi dan sesat?.

Kita mengalu-alukan penubuhan LPN ini tetepi jangan perlekehkan pengetahuan kami, kalau benar saudara jujur dan ikhlas didalam perjuangan untuk mengujudkan malaysia yang aman dan adil dan yakin segala perbuatan/perjuangan kita akan di hisab diakhirat sila paparkan alamat E-mel saudara agar dapat kita bersama sama BERMUZAKARAH kerana dengan mengambil sikap berbaik sangka bahawa matlamat saya dan saudara untuk melihat Malaysia sebuah negara yang aman damai dan diredhai ALLAH.

CZACK


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com