Terperanjat saya melihat di Tranung Kite gambar-gambar Jaafar Puteh tebusan Al Maunah yang baru meninggal dunia dua tiga hari lepas yang jelas membuktikan Jaafar Puteh main dwi peranan; satu peranan sebagai mangsa tahanan yang ditahan Al Maunah dan diberi pula anugerah oleh pihak polis, dan satu lagi peranan sebagai ahli Al Maunah yang rompak senjata yang ditangkap. Saya sudah check dan dapati memang ada gambar yang disiarkan Tranung Kite itu dalam akhbar Metro 15 Julai. Ini semua bukti sahih bahawa kes rompakan senjata oleh Al Maunah di Sauk adalah sandiwara seperti kata Nik Aziz, MB Kelantan. Ini pun bermakna Dr Mahathir pembohong dan mungkin mengarahkan pembunuhan Jaafar Puteh beberapa hari lepas untuk tutup mulut Jaafar.
Sebagai penyokong UMNO kini saya insaf dan sedar. Sekarang saya percaya Dr Mahathir dan sesetengah pemimpin UMNO adalah penjenayah dan pemfitnah yang sangat merbahaya. Sekarang saya percaya tuduhan keatas Anwar Ibrahim adalah fitnah Dr Mahathir dan kumpulan berkepentingan. Rupanya Anwar mangsa fitnah dan saya sebagai penyokong UMNO selama ini telah bersubahat dengan fitnah tersebut. Patutlah dalam dua tahun ini sering saya mimpikan Allahyarham ibu bapa dalam keadaan azab dan menitiskan air mata.
Sekarang saya percaya semuanya ini sandiwara untuk hentam Islam. Rupa-rupanya Dr Mahathir dan sesetengah pemimipin UMNO yang lain adalah musuh Islam.
Fikiran saya sekarang berkecamuk. Saya akan berusaha mulai hari ini kerjakan semua solat fardhu. Harap Allah bimbing saya dan orang UMNO yang lain dalam perkara ini. Kita semua tak kira apa jua fahaman politik perlu bertindak hapuskan Mahathir dan geng beliau. Negara diancam keselamatannya oleh Dr Mahathir dan gengnya. Kita perlu selamatkan negara dari Dr Mahathir.
Din Runsing