Bagaimana pula jika sipenumpang ingin berbual politik
bersama tuan pemandu? Saya memang gemar
berbincang politik bersama pemandu teksi, terutama
sekali dalam perjalanan jauh seperti ke KLIA. Maklumlah,
mereka lebih terdedah kepada masyarakat tempatan
mahupun dari luar negeri. Bukan susah sangat hendak
dapatkan mereka membuat pergulungan politik semasa.
Buka sahaja topik, dan melimpah-limpah hujah-hujah dari
mereka. Cuma, jika hendakan pendapat yang menghala
kearus pro-UMNO/BN, tenatlah sikit.
Mungkin selepas tidak puashati dengan modal sticker,
bantahan keatas bersembang dengan pemandu pula
akan dikuatkuasakan. Macam itu, untunglah sesiapa yang
mendapat kontrak memasang cermin kalis bunyi diantara
pemandu dan penumpang teksi.
After Ego