Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Aktiviti Pencerapan Gerhana Penuh Bulan (14 RabiulAkhir 1421 = 16 Julai 2000)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt

InsyaAllah pada tanggal 14 RabiulAkhir 1421 = 16 Julai 2000, yakni hari Ahad , akan berlaku sebuah fenomena langit yang bakal kita saksikan di langit malam, iaitu fenomena Gerhana PENUH bulan.

Sekadar untuk berkongsi maklumat, Gerhana bulan berlaku apabila bulan yang sedang mengelilingi bumi, pada ketika itu telah melalui kawasan bayang-bayang bumi di angkasa lepas. Ini bermakna, jika terdapat manusia yang kebetulan berada di ATAS bulan pada ketika itu, orang tersebut akan melihat fenomena Gerhana Matahari pula!.

Bayang-bayang bumi pula mempunyai 2 buah kawasan linkungan bayang-bayang yang mempunyai berlainan 'kegelapan'nya. Bahagian bulatan yang luar tidak begitu gelap kesan gerhananya, berbanding bahagian bulatan sebelah dalam. Bayang-bayang bumi di bahagian luar itu dikenali sebagai 'penumbra', manakala bahagian tengah atau dalam bayang-bayang bumi dikenali sebagai 'umbra'.

Jika orbit bulan membawa bulan itu ke kawasan 'penumbra' sahaja, fenomena ini merupakan Gerhana SEPARA bulan atau Partial Lunar Eclipse. Tetapi fenomena bulan RabiulAkhir 1421 ini akan membawa bulan ke dalam kawasan 'umbra', dan menghasilkan kejadian Gerhana PENUH bulan atau Total Lunar Eclipse.

Apa yang bakal dilihat?

InsyaAllah, jika cuaca cerah, kita akan berpeluang menyaksikan bulan yang pada malam itu merupakan dalam fasa bulan PENUH , sedikit demi sedikit menjadi gelap. Dan apabila bulan mula memasuki kawasan 'umbra', ia akan kelihatan seperti bak kata orang Johor 'sompek', atau hilang seperti digunting atau digigit di sebelahnya, dan ia akan semakin membesar kawasan 'sompek' itu sehinggalah seluruh bulan berada di dalam kawasan 'umbra'.

Selalunya, semasa bulan berada di dalam kawasan 'umbra', ia tidak akan hilang sepenuhnya dari pandangan, tetapi ia mungkin akan kelihatan kemerahan-merahan, atau berwarna 'copper'. Mengapa ia masih kelihatan, walhal ia berada di dalam kawasan bayang-bayang bumi dan terlindung terus dari matahari? Ini adalah kerana, bumi dikelilingi oleh udara. Disebabkan kehadiran udara inilah, cahaya matahari yang selalunya bergerak lurus, telah dibiaskan atau di'senget'kan perjalanannya, mendekati bulan. Oleh itu, kasih terdapat sedikit cahaya dari matahari yang berjaya jatuh ke atas permukaan bulan, menyebabkan bulan tidak 'hilang' terus dari pemandangan semasa gerhana tersebut.

Berikut merupakan sedikit maklumat yang diperolehi dari perisian Astronomi yang dipanggil Skymap Pro 6 (www.skymap.com).

**************************************************************************
Total Eclipse of the Moon

Site Information

Latitude: 3° 7' 47" N
Longitude: 101° 41' 59" E
Height above sea level: 10 metres
Time zone: 8h ahead of UT

The eclipse is partially visible from this location.

Circumstances of the Eclipse

Moon enters penumbra: 2000 Jul 16 18:46:34
Moon enters umbra: 2000 Jul 16 19:57:13
Start of totality: 2000 Jul 16 21:02:01
Maximum eclipse: 2000 Jul 16 21:55:32
End of totality: 2000 Jul 16 22:49:02
Moon leaves umbra: 2000 Jul 16 23:53:51
Moon leaves penumbra: 2000 Jul 17 01:04:28

Duration of total phase: 1h 47m 1s
Duration of umbral phase: 3h 56m 38s
Duration of penumbral phase: 6h 17m 53s

Altitude of the Moon

From this observing location, the altitude of the Moon is as follows:

Moon enters penumbra: -8.2° Moon enters umbra: 7.8°
Start of totality: 22.2°
Maximum eclipse: 33.8°
End of totality: 44.9°
Moon leaves umbra: 56.9°
Moon leaves penumbra: 64.9°
***************************************************************************

Sedikit penerangan mengenai maklumat di atas;

Pengiraan di atas di buat dari lokasi Petaling Jaya, Selangor. Namun begitu, waktu fenomena ini berlaku tidak banyak berbeza jika ia dilihat dari kawasan-kawasan lain di Malaysia. Apa yang penting ialah maklumat yang bertajuk "Circumstances of the Eclipse" di atas. Ia menceritakan waktu bulan mula-mula memasuki/keluar kawasan umbra dan penumbra. "Start of totality" bermaksud bermulanya secara 'rasmi' fenomena gerhana PENUH bulan, di mana seluruh muka bulan telah berada di dalam kawasan 'umbra', dan jumlah masa ia berada di dalam 'kegelapan' ialah 1 jam 47 minit 1 saat (Duration of total phase).

***************************************************************************

AKTIVITI PENCERAPAN

AIG Putra ( Astronomy Interest Group Putra ) di Universiti Putra Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi aktiviti pencerapan gerhana bulan ini. Ia akan dibantu oleh Malaysian Nature Society (Selangor) Astronomy Group di dalam menyediakan peralatan-peralatan Astronomi serta penerangan bagi sesiapa yang berminat. Harus di ingat, fenomena gerhana ini boleh dilihat dengan mata kasar, dan tidak perlu untuk memiliki apa-apa peralatan untuk menyaksikan keindahan fenomena ciptaan Allah SWT ini.

Tarikh : 16 Julai 2000 ( = 14 RabiulAkhir 1421 )
Tempat : Padang Kawad, UPM. ( Berhampiran jalan masuk ke kawasan kolej kediaman pelajar )
Waktu : Selepas solat Maghrib sehingga 11 malam

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjadikan malam tersebut malam pertemuan bagi ahli-ahli mailing list Falak-Net yang tinggal di kawasan berhampiran. Mudah-mudahan kita akan dapat bersua muka dan mengeratkan lagi persaudaraan Islam kita semua, InsyaAllah.

****************************************************************************

Shahrin Haji Ahmad
Moderator Falak-Net


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com