SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN PERCAYALAH,
KITA MENENTANG UMNO, BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO.
KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL BUKAN KERANA DIA LAMA MEMERINTAH KERAJAAN.
KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH,
MENGEKALKAN UNDANG-UNDANG KAFIR, MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYAH.
OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA.
OLEH KERANA ITULAH KITA MENGHADAPI MEREKA.
OLEH ITULAH KITA CUBA BERLAWAN DENGAN MEREKA.
PERCAYALAH SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN,
PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD,
DERMA KITA ADALAH JIHAD.
BERGANTUNGLAH KITA KEPADA ALLAH DENGAN (MENGHADAPI) PUAK-PUAK INI KERANA KALAU KITA MATI MELAWAN PUAK-PUAK INI,
MATI KITA ADALAH SYAHID. MATI KITA ADALAH ISLAM.
KITA TIDAK PERLU MASUK BUDHA, KITA TIDAK PERLU MASUK HINDU,
KITA TIDAK PERLU MASUK KERISTIAN,
TAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGAMALKAN 'POLITIK SUKU, AGAMA SUKU'.
TUAN GURU HJ. ABDUL HADI AWANG
BANGGOL PERADONG, 1979
Apa yang dikatakan Amanat atau Fatwa itu ialah Ucapan Tuang Guru Haji Abdul Hadi Awang
ketika berceramah di Banggol Peradong pada tahun 1979, iaitu kira-kira 20 tahun lalu.
Cuba bayangkan jika setiap ucapan daripada pimpinan PAS yang berceramah dikatakan fatwa, agaknya beberapa
banyak fatwa yang telah dikeluarkan ? Inilah bertapa sempitnya pemikiran pimpinan UMNO yang makin hari
nampaknya makin tersempit...
Kita juga mencabar Majlis Fatwa untuk membahaskan tentang ucapan ini (pimpinan UMNO kata fatwa).
Jika kita boleh mengungkit ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, atas alasan ucapan ini bercanggap dengan Islam, apa salahnya jika
kita juga membongkor ucapan-ucapan PM yang rasanya lebih sensasi.
Dr. Mahathir pernah berucap kepada anggota-anggota Barisan Nasional sebahagian daripadanya adalah dari anggota-anggota MIC di Kuala Ketil. Beliau menghuraikan tentang persoalan syahid.
Antaranya ialah beliau menyebut “Sayyidina Hamzah Yang Gugur Di Uhud Tidak Dimandikan Kerana Tidak Ada Air, Kerana Terkorban Di Tengah-Tengah Padang Pasir”
Dr. Mahathir juga membuat ucapan pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO, 24hb Nov 1995 dan pada hari pergulungan Perhimpunan Agung UMNO, 20hb Jun 1999.
Antara dia menyebut “Selepas mengkaji dgn. teliti 600,000 hadith Bukhari hanya menerima 7,000. Muslim pula mengkaji 300,000 hadith dan hanya menerima 4,000 … tetapi tentulah banyak drpd. baki 296,000 yg. ditolak tidak shahih dan mungkin ada hadith yg. diterima sebagai shahih tetapi tidak shahih”
Ucapan PM paling sensasi ialah ucapan hina janggut Rasulullah s.a.w.... Yang ini saya tak mahu tulis, saya sertakan rakaman audio menggunakan format realplayer
Apakah rakyat boleh diperbodohkan dengan isu sengaja ditimbulkan ini, sudahlah Isu Tragedi yang menyayat hati itu dipolitikkan.
Media menjadi talibarut memutar belit berita hinggakan rakyat tak tahu mana satu berita yang benar.
KDN dengan rakus memperkosa suara rakyat, penulis-penulis kebenaran telah ditekan, mereka diugat dengan pelbagai ugutan dan akta.
Apakah kita akan terus berdiam.....
Jawapan ada pada anda !!
Tok Ayah