Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Astora Jabat dimalukan Di Tg Karang.

Tahu aje ada Ceramah Umum Astora Jabat, maka ramai geng PAS yang datang nak berdialog dan bertanya kepada Astora.

Sejam pertama Astora dengan ceramah merapunya yang tunggang langgang dan tergagap-gagap memuja memuji TUANnya, dan UMNO didepan kira-kira 300 pendengar (50 sahaja orang UMNO). Diikuti dengan upacara menghentam PAS dan Ulama' PAS. Hujahnya seperti biasalah mengulangi apa yang dikatakan oleh TUANnya, banyak kali hamba pergi keceramah UMNO lebih kurang sama aje bunyinye. Isu lama pun dibawa kembali (ape punya ketinggalan si Astora ini)

Tiba Masa Dialog,
3 orang sempat bertanya.

Orang Pertama:

Astora saya ingin bertanyakan Hukum Memaki berbanding dengan Hukum Memfitnah orang meliwat?. Astora menjawab dengan panjang lebar untuk menghurai jawapannya...tanpa menjelaskan hukum. Yang bertanya mengulangi soalan bahawa beliau ingin tahu Hukum...

Astora melenting kerana dia tidak menjawab dengan baik dan tiada Hadis atau Ayat Quran yang disandarkan sebagai Dalil dalam hujuh (bagi saya beliau seorang penulis "copy dan Paste" sahaja). Soalan ini disambut dengan takbir. Maka jelaslah yang datang lebih ramai PAS dari UMNO. Orang Kedua memperkenalkan diri sebagai Ahli Pas dari Bukit Badong. Bertanya banyak soalan pukulan maut kepada Astora yang sungguh memalukan Astora dan Orang Umno Khasnya. Astora Jabat sendiri merah padam dibuatnya. Macam biasa beliau hanya mengalihkan soalan dengan merapu entah apa yang disebut pun saya tak faham.

Orang ketiga.

Wakil dari UMNO, Naib Ketua Cawangan. Memang pun kenal beliau ini kerana orang press juga sedikit masa dulu (NST). Satu lagi pukulan dari pendengar. Mempertikaikan kejayaan Astora membuat kontroversi dalam artikelnya. Tetapi beliau tidak perlu untuk turun padang untuk menjelaskan cerita sebenar, ini bermaksud beliau "bermasalah". dengan merundumnya jumlah jualan Utusan, dan berapa kerat sangat orang UMNO sendiri membaca artikelnya dalam Utusan. Kalau nak berpolitik masuk terus sepenuh masa berjuang bersama-sama UMNO. Tidak perlu turun padang macam budak kecil menceritakan kepada bapanya bahawa gula-gulanya kena curi. sindiran orang UMNO ini menyebabkan ramai orang UMNo sendiri meninggalkan Majlis dengan yang Tinggal 13 wanita dan tidak lebih 24 orang lelaki. Yang lain orang pas.

Isunya sekarang ialah kepercayaan orang terhadap media arus perdana yang banyak menipu, Jangan salahkan orang tidak percaya dengan tindakan anda yang selalu menipu. Salahkan diri sendiri dengan mengkaji apa yang patut diubah. Astora akhirnya akur dengan pendapat Orang Umno dengan menyalahkan TV 3/4 dan Berita Hairan (tidak sebut pulak Utusan). Jelas Astora Memang dimalukan dan Amat memalukan UMNO Tg Karang semacam tidak kenal siapa Astora seorang badut UMNO. Buat lawak kat London Circus bolehlah.!. Kami Orang-orang UMNO sendiri tidak mengalu-alukan kedatangan beliau dengan memboikot majlis tersebut. Cukuplah lain kali jangan buat ceramah lagi Malu! malu....

Akhir selepas majlis tersebut Orang Umno pun berkata: "saja kami panggil Astora supaya orang sebelah sana (orang pas) datang dan berpeluang mendengar penjelasan". dengan geng-geng UMNOnya tetapi dengan muka merah padam itu menunjukkan MOTIF mereka telah lari dan tidak tercapai langsung.

Yang Hadir Malam itu. YB Noh, Yb Khir Toyo, Aziz Desa, dan Beberapa AJK bahagian serta AJK Cawangan. dari pada kananya ada 106 cawangan yang datang cuma tak sampai 50 orang tak payah buat majlislah. Kalau paksa semua ketua datang belum tentu penuh.

Banyak lagi isi kandungan ceramah itu tetapi tidak dapat dibuatkan disini. (kerana tak bawak tape recorder)

Minum Kopi Lagi.

Gelama Ikan Duri


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com