1. "Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab (al-Qur'an) kepada engkau (Muhammad) dengan kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia dengan apa yang telah Allah tunjukkan kepada engkau dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat". (an-Nisa' : 105)
2. "Apakah (patut) aku mencari hakim, selain daripada Allah padahal Dialah yang telah menurunkan Kitab (al-Qur'an) kepada kamu sekalian dengan terang". (al-An'am : 114)
3. "Dan hendaklah engkau hukumkan antara mereka dengan apa yang telah Allah turunkan, dan janganlah engkau mengikut keinginan nafsu mereka, dan berhati-hatilah engkau kepada mereka, kalau-kalau mereka mengelincirkan engkau daripada sebahagian yang telah Allah turunkan kepada engkau. Maka mereka berpaling, ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak menghendaki, melainkan menyiksa mereka sebab sebahagian daripada dosa-dosa mereka. Sesungguhnya kebanyakan daripada manusia,adalah orang-orang yang durhaka. Apakah mereka menghendaki hukum jahiliyah, padahal bukankah tidak ada orang yang hukumannya lebih baik daripada Allah, bagi orang yang berkeyakinan ?". (al-Ma'idah : 49-50).
4. "Tidakkah engkau perhatikan orang-orang yang menyangka bahawa mereka itu telah beriman kepada apa-apa yang telah diturunkan kepada engkau dan apa-apa yang telah diturunkan sebelum engkau padahal mereka menghendaki hukumnya kepada sesuatu yang melampaui batas". (an-Nisa' : 60)
5. "Dan janganlah kamu sekalian berkata dusta yang disifatkan oleh lidah-lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk kamu ada-adakan dusta atas nama Allah". (an-Nahl : 116)
6. Katakanlah (Muhammmad): "Bagaimana fikiran kamu sekalian (tentang) apa yang telah Allah turunkan kepada kamu daripada kurnia (rezeki), lalu kamu jadikan sebahagiannya haram dan halal ?". Katakanlah: "Apakah Allah telah memberi izin kepada kamu ataukah kamu berbuat dusta atas nama Allah ?". (Yunus : 59)
7. "Dan barangsiapa tidak menghukum dengan apa yang telah Allah turunkan, maka mereka itu orang-orang yang kafir". (al-Ma'idah : 44).
8. "Dan barangsiapa tidak menghukum dengan apa yang telah Allah turunkan, maka mereka itu orang-orang yang zalim". (al-Ma'idah :45).
9. "Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah Allah turunkan, maka mereka itu orang-orang yang fasiq". (al-Ma'idah :47).
10. "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu sekalian mendahului (hukum) Allah dan RasulNya, dan takutlah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah itu mendengar lagi mengetahui". (al-Hujurat : 1).
habibu@searchalot.com