Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Menteri Besar Kedah tidak sudi

Sumber Berita :
Harakah Daily

SIK, 21 Jul (hrkh) - Jawatankuasa Bertindak Hutan Simpan Teloi, Sik kesal Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Syed Razak Syed Zain tidak mahu berjumpa untuk menyelesaikan isu penebangan balak di rimba Teloi yang boleh mengamcam bekalan air masyarakat membabitkan kira-kira 20,000 orang penduduk.

Setiausaha badan bertindak, Encik Abdullah Teh ketika dihubungi menegaskan, dua pucuk surat telah diutuskan kepada beliau namun tiada sebarang usaha temu janji bagi membincangkan masalah itu.

"Surat yang pertama Menteri Besar sendiri memohon maaf kerana berada di Kuala Lumpur tetapi setelah kami mengutuskan surat kedua beliau langsung tidak menghiraukan bahkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan." Ujarnya.

Sepatutnya kata beliau, Menteri Besar campur tangan ianya melibatkan sejumlah penduduk yang begitu ramai. Bukan sahaja bekalan air terjejas malahan sawah padi dan kawasan rendah juga turut terdedah dengan limpahan air yang banyak," tambahnya.

Akibat ketiadaan perhatian daripada pihak kerajaan membuatkan kerja-kerja penebangan dilakukan tanpa rasa tertekan sehingga bukit sudah kelihatan 'botak' jika dipandang dari jauh.

Menurut Abdullah lagi, waktu ini kejadian seperti banjir kilat dan pencemaran air ke kolam takungan belum ketara kerana sekarang ini musim kemarau.

"Memang waktu ini tiada kesan tetapi tunggulah musim hujan nanti. Lelihan air akan menuruni bukit dan membentuk banjir kilat," terangnya.

Jawatankuasa penduduk sambung beliau, masih mengharap tindakan kerajaan untuk menangani masalah ini kerana ia bertambah serius dan berpanjangan seandainya dibiarkan tanpa teguran.

"Kami tetap dengan harapan supaya kerajaan campur tangan dalam hal ini kerana ia membabitkan masa depan penduduk yang rata-ratanya miskin," katanya kesal.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com